Adsterra

Selasa, 8 April 2014

Kota Kinabalu To KLIA

 Promenade Hotel Apartments tempat kami menginap 2 malam semasa di Bandar Kota Kinabalu. Tengah berkemas mahu berangkat pulang ke Semenanjung Malaysia.
Singgah Muzium Sabah, belajar sikit tentang hal ehwal Negeri Di bawah Bayu yang sebelum ini telah ditubuhkan pada tahun 1965 pada rumah kedai di Gaya Street, Kota Kinabalu.
 Kesian Muhammad Hamka takut mahu masuk ke dalam muzium.
 Cuci mata sambil menikmati hasil seni yang agung.
 Panas terik sebab cuaca macam mahu hujan lebat.
 Muzium Sabah adalah muzium yang terdapat di negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak pada 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Di dalam kawasan kompleks ini juga terdapat taman etnobotani, zoo dan sebuah kampung warisan. Bangunan utama menempatkan galeri seni. Terdapat juga galeri lain yang menempatkan tentang tamadun Islam, arkeologi dan sejarah.
 Misi utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri, dan bagi menjalankan penyelidikan tentang pentingnya bagi mengetahui sejarah negeri ini, budaya, dan sejarah sosial.
 Waktu melawat: 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Harga tiket untuk masuk dari RM2.00.
 Puan ronda muzium kami bergegas ke airport untuk berangkat pulang.
 Shopping sikit-sikit, beli coklat dan minyak wangi.
 Dalam pesawat Muhammad Hamka seronok sangat berborak dangan Mama.
 Jom kita terbang ke angkasa raya.
 Terbang dan terbang pulang.
Ada umur dan ada rezeki lain kali kami datang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan