Adsterra

Ahad, 30 Jun 2013

Taman Permai

 Entah apa cerita yang leka sangat mereka berdua ini tengok.
 Layan katon sampai cerah.
 Kesian Muhammad hamka bagi kenangan dekat dahi Syeem.
 Syamil deman tapi masih aktif.
 Mama sibuk bersenam.
 Muhaimin tolong menyibukkan diri.
 Otai dah turun padang tengokkan api.
 Saat membakar semua yang ada dalam besen.
 Keraian yang sungguh meriah sekali.
 Jom kita bersantap semua.
 Ambil angin pantai yang sememangnya berangin.
Makan sampai kenyang ya.

Sabtu, 15 Jun 2013

Langkawi To Klang

 Pergi ke Pantai Cenang menikmati udara laut sebelum berangkat pulang ke hotel untuk bergegas pulang ke Klang.
 Hantar kereta sewa lebih 3 jam cas bagi RM30.00 sahaja. Lepak sambil menanti kapal terbang tiba.
 Masa untuk berangkat pulang rasa sedih sikit sebab tidak tahu bila dapat datang lagi ke Pulau Langkawi ini.
 Kapal terbang sudah sedia menanti kami menaikinya dan akan berlepas bila-bila masa dari sekarang.
 Akhirnya naik jugak kami ke dalam pesawat, selamat tinggal tanah Langkawi.
 Penuh penumpang dalam pesawat kali ini, kami bersyukur perjalanan selamat dan lancar.
 Selamat jalan Langkawi.
 Rasa lega dan puas apabila selamat mendarat di Subang Airport. Tunggu adik Nizam datang ambil kami di sini.
Masa untuk ke tandaslah pulak. Hehehehehe.

Perusahaan Gamat Asli

 Kalau sesiapa datang ke Langkawi tidak singgah tempat buat minyak gamat memang bodoh tahap gaban sebab disinilah 1 1 tempat di Malaysia yang menghasilkan minyak gamat terbesar di dunia.
 Segala jenis minyak ada di jual disini, bermacam-macam harga pun berpatutan dan murah-murah.
 Bawa pulang bagi pada sanak saudara atau sahabat handai sebagai cenderahati dari Pulau Langkawi.
 Minyak mendidih tetapi tidak terasa bahan panasnya, magik kan? Cubalah kalau tidak percaya.
 Kebersihan memang terbaik disini, mahu jumpa satu sampah pun tidak dapat.
 Kalau mahu datang kesini bawa duit banyak-banyak sebab boleh shopping aneka jenis minyak tradisional.
 Sambil cuci mata sambil sambar 1 persatu barang-barang untuk di bawa pulang.
 Kawan-kawan kirim suruh belikan.
 Hadiah untuk kawan-kawan.
 Memang bau jantan yang diidami chek setiap masa.
 Baunya sungguh harum semerbak.
 Kain untuk Mama.
 Kain untuk Chek.
 Untuk Tokma.
 Untuk Muhammad Hamka.
 RM 10.00 untuk Muhammad Hamka.
 Beli dekat pasar malam Pekan Kuah untuk island hopping supaya muhammad Hamka dapat pakai.
Kenangan kami sekeluarga di langkawi.

Dataran Helang

 Shopping duluan sebelum pulang ke Klang. Habis banyak ribulah jugak, konon bercuti sakan rancangan 1 tahun yang lepas.
 Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka. Siapa datang melalui jalan laut akan nampak burung helang gergasi berdiri megah menanti para pelancong yang singgah ke Pulau Langkawi.
 Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Memang gah mercu tandanya tempat berlibur seisi keluarga.
 Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pekan ini.
 Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
 Kalau ada umur dan rezeki kami akan datang lagi ke sini, mahu bermalam di Pekan Kuah hanya untuk shopping sampai muntah.
Cuaca memang tip top terbaik panas sampai ke petang, masa tinggal lebih kurang 3 jam dari sekarang untuk berangkat pulang ke Klang.

Jumaat, 14 Jun 2013

LANGKAWI PORT SDN. BHD. (LPSB)

Dermaga Tanjung Lembung.
 Semalaman lepak dekat pelabuhan menikmati suasana akhir malam di Pulau Langkawi. Hujan lebat dan cuaca kurang menentu laut bergelora. Makan malam dan nikmati hidangan paling istimewa bersama isteri dan anak tercinta. Kereta sewa kami masuk air hujan  memang kelakar sebab banjir di tempat duduk belakang. 
Balik dari Pekan Kuah kami habiskan masa berjalan kaki sekitar Jalan Pantai Cenang menikmati suasana sesak dan meriah di situ. Sambil jalan kaki kami ambik gambar sebanyak mungkin untuk diabdikan buat kenang-kenagan apabila pulang bercuti nanti ke Klang.

Island Hopping Part 6

Pulang.
Cuaca di laut tiba-tiba menjadi kelam, ombak jadi gelora menandakan akan berlaku ribut berserta hujan lebat. Kami masih dalam perjalanan menuju ke darat, boat yang kami naiki meredah arus ombak sampaikan boat kami hampir-hampir terbalik. Takut, hanya bertawakal kepada Allah sahaja supaya perjalanan kami semuanya selamat.
 Inilah krew boat kami, kebetulan Kapten sedang isi minyak dapatlah tangkap gambar buat kenang-kenangan dengan mereka semua.
 Awan berarak secepat mata berkelip, ombak semakin kuat bergelora. Keadaan boat pula terhuyung-hayang dan tidak stabil.
 Bergulung-gulung awan hujan datang di bawa angin beserta kilat.
 Jeti Awana Porto Malai dari laut kami lihat suasana semakin kelam, bila-bila masa sahaja cuaca buruk akan berlaku. Angin ribut menjadi kencang dapat kami rasai dalam kesenyapan tanpa berkata apa. 
Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat dan mendapat perlindungan daripada Allah. Tiba di jeti hujan lebat selebatnya turun membasahi bumi beserta ribut petir. Rupa-rupanya kejadian hari ini bersangkut paut dengan kejadian ribut di Pulau Pinang. Syukur jelajah kami lancar seperti apa yang kami harapkan.