Shopping duluan sebelum pulang ke Klang. Habis banyak ribulah jugak, konon bercuti sakan rancangan 1 tahun yang lepas.
Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka. Siapa datang melalui jalan laut akan nampak burung helang gergasi berdiri megah menanti para pelancong yang singgah ke Pulau Langkawi.
Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Memang gah mercu tandanya tempat berlibur seisi keluarga.
Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pekan ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Kalau ada umur dan rezeki kami akan datang lagi ke sini, mahu bermalam di Pekan Kuah hanya untuk shopping sampai muntah.
Cuaca memang tip top terbaik panas sampai ke petang, masa tinggal lebih kurang 3 jam dari sekarang untuk berangkat pulang ke Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan