Adsterra

Isnin, 27 Mei 2013

Mainan Baru

 Mama ada projek baru untuk Muhammad Hamka.
 Laptop untuk Muhammad Hamka sebab minatnya mendalam dengan internet.
 Topi daripada Tokma.
 Nur Umairah Syamina beri pinjam.
 Ada 3 buah 1 buah sahaja yang masih elok.
 Laptop yang ke 2 milik Muhammad Hamka.
 Ipad TV kepunyaan Chek suka tengok movie 3D.
Senapang air boleh layan main tembak-tembak dalam bilik mandi.

Sabtu, 25 Mei 2013

Pesta Buku SACC Mall Shah Alam

Pergi SACC Mall Shah Alam ada pesta buku selama 3 hari bermula hari Jumaat berakhir hari Ahad.
 Ramai sungguh pengunjung dan sesak sekali, harga buku murah-murah diskaun bermula 10%, 15%, 30% dan 50%. Tidak tahu mahu pilih yang mana semua menarik dan hebat belaka.
 Muhammad Hamka dapat belon percuma, dia sungguh riang sekali dan bergembira melihat kanak-kanak bermain.
 Beli komik Upin dan Ipin 5 buah baru RM 5.00, harga runtuh.
 Sudah lama tidak singgah di SACC Mall, terubat rindu membeli-belah di sini hari ini.
 Masa mencari tempat parking, langsung tiada sama sekali terpaksa parking bawah tanah bangunan.
 Serabut dengan peniaga yang meraih pelanggan, suruh kita beli buku mereka yang entah apa-apa entah.
 Bawa duit RM 100.00 memang tidak cukup sebab semua buku mahu dibelinya.
Tanam minat membaca untuk Muhammad Hamka supaya dia suka membaca suatu hari nanti.

Isnin, 20 Mei 2013

Bukit Raja Jaya Jusco

 Singgah makan secret recepi sekejap lapar sangat dah perut kami sekeluarga.
 My wife and my boy i love you all so much.
Taknak turun pulak kena lepak di tempat ini selama 1 jam.
 Seronok sampai taknak turun kalau angkat turun melalak 1 Jaya Jusco bising.
Cuba kira ada berapa?

Jumaat, 17 Mei 2013

Mama Buat Kuih

 Hari Sabtu yang damai Nur Umairah Syamina datang betandang di rumah bermain riang dengan Muhammad Hamka, sungguh seronok mereka bermain sampai lupa mahu mandi pagi.
 Penat bermain masing-masing sudah mengantuk dan mahu minum susu, cuaca panas terik mereka jadi kepanasan dan tidak senang duduk.
 Suasana di tempat kerja Mama sebelum ambil mama balik dari pejabat.
 Menu dari rakan facebook mama cuba sedaya upaya untuk membuatnya,
Hasilnya sungguh memuaskan dan sedap sangat dapat makan kuih ini.

Sabtu, 11 Mei 2013

Naik Pejabat Tanah Kemaman

 Sehari sebelum pergi ke Terengganu untuk naik ke pejabat tanah berjumpa hakim bagi menyelesaikan tuntutan Faraid.
 Naik bas Transnasional dari Klang Sentral 10 malam tiba di Kemaman pukul 3 pagi, Ami Khairul datang jemput Chek.
 Bermalam di rumah Umie Yati dan melepak dengan Marwa Husna.
 Amie Hazrat, Umie Faten dan Muhammad Adam Aryan ada datang menjengok Chek di rumah Amie Khairul.
 Layan keletah Marwa Husna dengan Muhammad Adam Aryan sampai sesak nafas.
 Berkumpul sekali sekala dengan keluarga dan makan tengahari Mama Latifah belanja.
 Bertandang di rumah Kak Long Ayu dan pergi minum petang dekat Kuala Kemaman, makan otak-otak, ketupat, satay, ikan bakar, keropok lekor dan pulut leper.
 Segala urusan berkaitan hal tanah sudah selesai dan kami akan dapat bahagian masing-masing secara pembahagian Sistem Faraid.
 Buang yang keroh ambil yang jernih, bairlah yang buruk itu berlalu pergi dan yang datang biarlah yang baik-baik belaka.
Syukur kepada Allah mengikatkan tali silaturohim keluarga kami dengan begitu kukuh sekali dan mudah-mudahan ia akan berkekalan sehingga keakhirat. Amin.

Jumaat, 10 Mei 2013

Mom And Baby Expo Mid Valley 10-12-May-2013

Bergegas ke Kuala Lumpur untuk ke expo mom and baby bertempat di Mid Valley. Jalan sesak dan kenderaan berduyun-duyun masuk ke ibukota.
Sampai di Mid Valley kami terus pergi makan tengahari, perut kami semua kosong kelaparan. Nasib baik ada tempat parking mudah untuk kami ke pasar raya dengan kadar segera.

 Ramai pengunjung datang membeli belah untuk keperluan anak-anak mereka. Barang di jual dengan harga yang berpatutan semua mampu beli.
Ada cabutan bertuah dan ramai juga yang bertuah mendapat hadiah yang istimewa daripada para peniaga.
 Muhammad Hamka tidur lena kerana kepenatan berjalan sakan semasa mula-mula sampai di Mid valley tadi.
 Singgah makan ais cream dan lepak dekat lapangan bowling tengok keletah orang bermain bowling di sana.
 Balik dari Mid Valley kami pergi ke padang di Shah Alam bermain bola beriadah sekejap memberi peluang untuk Muhammad Hamka mengasahkan bakatnya di sana.
Inilah serba sedikit apa yang kami beli tadi di expo mom and baby. Alhamdulillah dengan limpahan rezeki yang Allah berikan kepada keluarga kami.

Rabu, 8 Mei 2013

PRU13 5.5.2013 AHAD

Tiba hari yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia PRU13 2013. PRU kali ini paling hebat dan akan tercatat di dalam sejarah Malaysia. Kita sudah menjangkakan keputusan PRU13 yang menyaksikan betapa sengitnya pertarungan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
BN - 133 kerusi (menang)
PR - 89 kerusi (kalah) 21 PAS, 38 DAP, 30 PKR.
Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukkan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN berjaya merampas Kedah dan mengekalkan Perak.

Setiap malam sebelum PRU13 chek akan datang lepak ke markas Wak Libun untuk tolong memasang bendera parti dan gotong-royong bersama kawan-kawan kampung Rantau Panjang.
Sambil bekerja sambil dengar ceramah dari saluran internet, banyak maklumat terkini kami dapat. Kami bekerja bukan kerana wang, tapi kami bekerja kerana parti untuk menumbangkan kerajaan lama yang tidak adil.
Tiba hari membuang undi pagi-pagi lagi Chek dan Mama sudah ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar. Beratur panjang dan berpanas terik, PRU punya pasal kami sanggup walaupun penat berbaris panjang untuk menunggu giliran mengundi calon pilihan kami.
Suasana macam hari raya semua orang bercuti dan berkumpul di sekolah. Masing-masing mahu jalankan kewajiban memilih calon yang berkelayakkan untuk di hantar ke Parlimen dan menjadi Adun yang terbaik.
Perang poster di sana sini, sungguh meriah sekali dipersisiran kaki lima jalan raya dan lebuh raya. Media tv kerajaan dan swastar melaporkan ISU berat sebelah tidak adil lagi saksama. Banyak pembohongan dan berkempen dengan cara paling jijik dalam sejarah PRU Malaysia.
Pertama kali penggunaan dakwat kekal, tetapi tidak kekal pun hanya auta SPR semata-mata. Banyak pengundi hantu dapat di tangkap, banyak bukti dan tangkapan di buat, tetapi berlalu tanpa ada yang bertanggungjawab.
Angin perubahan kali ini sungguh terkesan sekali sebab PRU ini adalah gelombang rakyat mahukan perubahan dari kepimpinan yang lama untuk memberi jalan kepada kepimpinan yang baru yang lebih baik dan berhemah dari sebelumnya.









PRU-13

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Parlimen

BN = 133
BN Sarawak = 25
BN Sabah = 22
BN Malaya = 86

Total = 133

PR = 89
PR Sarawak = 6
PR Sabah = 3
PR Malaya = 80

Total = 89