Pergi SACC Mall Shah Alam ada pesta buku selama 3 hari bermula hari Jumaat berakhir hari Ahad.
Ramai sungguh pengunjung dan sesak sekali, harga buku murah-murah diskaun bermula 10%, 15%, 30% dan 50%. Tidak tahu mahu pilih yang mana semua menarik dan hebat belaka.
Muhammad Hamka dapat belon percuma, dia sungguh riang sekali dan bergembira melihat kanak-kanak bermain.
Beli komik Upin dan Ipin 5 buah baru RM 5.00, harga runtuh.
Sudah lama tidak singgah di SACC Mall, terubat rindu membeli-belah di sini hari ini.
Masa mencari tempat parking, langsung tiada sama sekali terpaksa parking bawah tanah bangunan.
Serabut dengan peniaga yang meraih pelanggan, suruh kita beli buku mereka yang entah apa-apa entah.
Bawa duit RM 100.00 memang tidak cukup sebab semua buku mahu dibelinya.
Tanam minat membaca untuk Muhammad Hamka supaya dia suka membaca suatu hari nanti.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan