Adsterra

Rabu, 8 Mei 2013

PRU13 5.5.2013 AHAD

Tiba hari yang di tunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia PRU13 2013. PRU kali ini paling hebat dan akan tercatat di dalam sejarah Malaysia. Kita sudah menjangkakan keputusan PRU13 yang menyaksikan betapa sengitnya pertarungan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
BN - 133 kerusi (menang)
PR - 89 kerusi (kalah) 21 PAS, 38 DAP, 30 PKR.
Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukkan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN berjaya merampas Kedah dan mengekalkan Perak.

Setiap malam sebelum PRU13 chek akan datang lepak ke markas Wak Libun untuk tolong memasang bendera parti dan gotong-royong bersama kawan-kawan kampung Rantau Panjang.
Sambil bekerja sambil dengar ceramah dari saluran internet, banyak maklumat terkini kami dapat. Kami bekerja bukan kerana wang, tapi kami bekerja kerana parti untuk menumbangkan kerajaan lama yang tidak adil.
Tiba hari membuang undi pagi-pagi lagi Chek dan Mama sudah ke sekolah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar. Beratur panjang dan berpanas terik, PRU punya pasal kami sanggup walaupun penat berbaris panjang untuk menunggu giliran mengundi calon pilihan kami.
Suasana macam hari raya semua orang bercuti dan berkumpul di sekolah. Masing-masing mahu jalankan kewajiban memilih calon yang berkelayakkan untuk di hantar ke Parlimen dan menjadi Adun yang terbaik.
Perang poster di sana sini, sungguh meriah sekali dipersisiran kaki lima jalan raya dan lebuh raya. Media tv kerajaan dan swastar melaporkan ISU berat sebelah tidak adil lagi saksama. Banyak pembohongan dan berkempen dengan cara paling jijik dalam sejarah PRU Malaysia.
Pertama kali penggunaan dakwat kekal, tetapi tidak kekal pun hanya auta SPR semata-mata. Banyak pengundi hantu dapat di tangkap, banyak bukti dan tangkapan di buat, tetapi berlalu tanpa ada yang bertanggungjawab.
Angin perubahan kali ini sungguh terkesan sekali sebab PRU ini adalah gelombang rakyat mahukan perubahan dari kepimpinan yang lama untuk memberi jalan kepada kepimpinan yang baru yang lebih baik dan berhemah dari sebelumnya.









PRU-13

Parlimen
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.4 Juta (80%) - Tertinggi dalam sejarah PRU

Parlimen

BN = 133
BN Sarawak = 25
BN Sabah = 22
BN Malaya = 86

Total = 133

PR = 89
PR Sarawak = 6
PR Sabah = 3
PR Malaya = 80

Total = 89

Tiada ulasan:

Catat Ulasan