Bawa Muhammad Hamka bermain di dalam kandang dekat pasaraya AEON. 1 jam bermain tanpa mengenal penat lelah, ketawa riang dan aktif sekali.
Ditemani Mama dan Chek Muhammad Hamka berlari kesana kemari dengan bertenaga sekali.
Semua mainan mahu dicubanya, tanpa rasa segan dan takut.
Sambil bermain sambil belajar mengira dengan Mama bila ada masa terluang.
Menangis kuat sakan semasa kami semua hendak pulang. Muhammad Hamka masih belum puas bermain.
Kebetulan lalu kedai buku MPH, apalagi terus Chek dan Mama terus sambar 2 buah buku untuk Muhammad Hamka ulangkaji.
Mudah-mudahan Muhammad Hamka lekas menjadi anak yang pandai membaca. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan