Dugaan pada tahun baru 2013 sungguh menyusuk ke kalbu. Ya Allah selamatkanlah keluarga hamba daripada segala jenis penyakit. Chek deman selepas pulang daripada Temeloh, Pahang berhari-hari selsema dan batuk-batuk. Kemudian pada hari Khamis 10.1.2013 Muhammad Hamka pula mengalami demam suhu mencecah sehingga 38.8 darjah celcius. Selepas Mama pulang dari bekerja Chek dan Mama bawa Muhammad Hamka ke klinik swasta di section 7, Shah Alam.

Walaupun tiada orang tetapi giliran menunggu untuk berjumpa dengan doktor terlalu lambat mengambil masa 45 minit servis kurang bagus, staff nurse banyak berborak dan bergossip sakan di dalam kaunter.
Ini dia ubat yang Muhammad Hamka kena makan, tetapi selepas makan ubat-ubat ini Muhammad Hamka menjadi kejang dan menggigil kesejukkan, suhu badannya terus naik mendadak dari 37.7 darjah celcius sehingga 40.4 darjah celcius. Apalagi tindakkan selanjutnya dan terbaik adalah membawa Muhammad hamka ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Riang melihat Muhammad Hamka leka membaca buku kegemarannya semasa suha badannya sekitar 37.5darjah celcius.
Muhammad Hamka pengsan dan dimasukkan ke wad kuning ICU, bocor kulit tangan Muhammad Hamka kena cucuk dengan staff nurse di sana. Allah sedihnya hati kami suami dan isteri apabila melihat cahaya mata kami dalam keadaan yang mencemaskan. 11 kesan cucuk jarum pada tangan dan kaki Muhammad Hamka.
3 hari 3 malam kami berjaga silih berganti di hospital, Alhamdulillah Muhammad Hamka beransur sembuh dan kembali ceria walaupun badan masih lemah.
Hanya Allah sahaja yang tahu hati kami ini, tidak dapat di ungkap dengan kata-kata betapa cemas dan gelisahnya perasaan ini. Bagi kami inilah ujian dari Yang Maha Esa. Kami redha dan kami bertawakal padaNya. Setiap sesuatu ada sebab dan musababnya. Perkara yang baik datangnya daripada Allah, manakala perkara yang buruk datangnya daripada kami.
Surat-menyurat daripada staff nurse untuk kami selepas Muhammad Hamka dapat keluar daripada hospital.
Berbaloi harga rawatan di hospital memang berpatutan dan staff nurse serta doktor semuanya baik-baik belaka, budi dan jasa kalian kami sekeluarga hargai sehingga ke akhirat.
TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan