Adsterra

Ahad, 27 Januari 2013

Bercuti

 Tenangkan fikiran dan rehatkan badan bercuti dengan sanak saudara dan ahli keluarga.
 Berkumpul sambil mengeratkan lagi silaturohim di antara kami semua.
 Sikit sama sikit dan rasa sama rasa, berbaloi kami bercuti sambil bergembira sehingga ke hati nurani.
Jalinan kasih di antara kami semua mudah-mudahan kekal sehingga keakhir hayat. 

Khamis, 24 Januari 2013

Layan Perasaan

 Konon-konon merajuk dengan Chek tetapi dalam diam-diam mahu Chek pujuk dia. lepas tu mintak di dukung sampai taknak turun-turun.
 Wajib baca buku 1 jam sehari untuk menambah ilmu di dada Muhammad Hamka.
 Masa menonton tolong jangan ganggu ya, puting wajib lekat di mulut.
 Pandai panjat tetapi tidak pandai turun dan menjadi gayat sendiri, lepas itu mahu menangis minta tolong.
 Bangun tidur terus pakai kasut dengan sendirinya tetapi salah masuk kaki dan kasut jadi terbalik.
Mahu pergi mandi kolam, dapat pakai sekejap sahaja lepas itu mahu buang sebab stress.

Rabu, 16 Januari 2013

Deman

Dugaan pada tahun baru 2013 sungguh menyusuk ke kalbu. Ya Allah selamatkanlah keluarga hamba daripada segala jenis penyakit. Chek deman selepas pulang daripada Temeloh, Pahang berhari-hari selsema dan batuk-batuk. Kemudian pada hari Khamis 10.1.2013 Muhammad Hamka pula mengalami demam suhu mencecah sehingga 38.8 darjah celcius. Selepas Mama pulang dari bekerja Chek dan Mama bawa Muhammad Hamka ke klinik swasta di section 7, Shah Alam.
 Walaupun tiada orang tetapi giliran menunggu untuk berjumpa dengan doktor terlalu lambat mengambil masa 45 minit servis kurang bagus, staff nurse banyak berborak dan bergossip sakan di dalam kaunter.
 Ini dia ubat yang Muhammad Hamka kena makan, tetapi selepas makan ubat-ubat ini Muhammad Hamka menjadi kejang dan menggigil kesejukkan, suhu badannya terus naik mendadak dari 37.7 darjah celcius sehingga 40.4 darjah celcius. Apalagi tindakkan selanjutnya dan terbaik adalah membawa Muhammad hamka ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
 Riang melihat Muhammad Hamka leka membaca buku kegemarannya semasa suha badannya sekitar 37.5darjah celcius.
 Muhammad Hamka pengsan dan dimasukkan ke wad kuning ICU, bocor kulit tangan Muhammad Hamka kena cucuk dengan staff nurse di sana. Allah sedihnya hati kami suami dan isteri apabila melihat cahaya mata kami dalam keadaan yang mencemaskan. 11 kesan cucuk jarum pada tangan dan kaki Muhammad Hamka.
 3 hari 3 malam kami berjaga silih berganti di hospital, Alhamdulillah Muhammad Hamka beransur sembuh dan kembali ceria walaupun badan masih lemah.
 Hanya Allah sahaja yang tahu hati kami ini, tidak dapat di ungkap dengan kata-kata betapa cemas dan gelisahnya perasaan ini. Bagi kami inilah ujian dari Yang Maha Esa. Kami redha dan kami bertawakal padaNya. Setiap sesuatu ada sebab dan musababnya. Perkara yang baik datangnya daripada Allah, manakala perkara yang buruk datangnya daripada kami.
 Surat-menyurat daripada staff nurse untuk kami selepas Muhammad Hamka dapat keluar daripada hospital.
Berbaloi harga rawatan di hospital memang berpatutan dan staff nurse serta doktor semuanya baik-baik belaka, budi dan jasa kalian kami sekeluarga hargai sehingga ke akhirat.
TERIMA KASIH

Sabtu, 5 Januari 2013

Bermain Dalam Sangkar

Bawa Muhammad Hamka bermain di dalam kandang dekat pasaraya AEON. 1 jam bermain tanpa mengenal penat lelah, ketawa riang dan aktif sekali.
 Ditemani Mama dan Chek Muhammad Hamka berlari kesana kemari dengan bertenaga sekali.
 Semua mainan mahu dicubanya, tanpa rasa segan dan takut.
 Sambil bermain sambil belajar mengira dengan Mama bila ada masa terluang.
 Menangis kuat sakan semasa kami semua hendak pulang. Muhammad Hamka masih belum puas bermain.
 Kebetulan lalu kedai buku MPH, apalagi terus Chek dan Mama terus sambar 2 buah buku untuk Muhammad Hamka ulangkaji.
Mudah-mudahan Muhammad Hamka lekas menjadi anak yang pandai membaca. Amin.

Rabu, 2 Januari 2013

Tokma Sayang

 Tokma masak lauk dari Termeloh, Pahang gulai ikan patin.
 Makan dengan sanak saudara sungguh menyelerakan sekali.
 Apabila kenyang semua pakat-pakat lepak depan ruang tamu dan berborak hal ehwal duniawi.
 Muhammad Hamka seronok bermain dengan pakcinya.
 Keluarga Abang Eddy juga ada meraikan Tokma.
Sukalah dia boleh duduk lama-lama macam tu.