Alhamdulillah berlangsung sudah majlis perkahwinan diantara Nursyafiqah dan Mohd Fariz. Bertempat di Kuarters Polis diraja Malaysia Flat Sri Wilayah, Sentul.
Majlis diadakan gilang-gemilang semua sanak saudara dari kampung Batu Kurau sebelah Cher Keria hadir memeriahkan majlis.
Bertemu sanak saudara yang jauh mengeratkan lagi silaturohim diantara kami semua. Bercerita itu ini begitu begini sampai lupa masa berlalu.
Memang seronok tengok telatah pengantin yang gembira mahu panjat pelamin menjadi raja sehari.
Paluan kompang dan gendang menyerikan majlis menjadi lebih ceria dan meriah, anak-anak gadis turut serta menari ikut rentak lagu POP KOREA GANGNAM STYLE.
Muhammad Hamka kehulu kehilir berlari dan bermain gembira, penat ikut rentaknya yang lincah dan aktif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan