Adsterra

Khamis, 8 November 2012

Beriadah

 Cuaca hari ini sungguh baik sekali, pulang dari tempat kerja Mama kami sekeluarga menuju ke tasik Taman Bukit Raja untuk beriadah. Sudah lama Chek tidak bersenam, Mama pujuk Chek bersenam sambil menikmati panorama di sekitar tasik yang indah.
 Kami berjalan mengelilingi tasik sampai tercungap-cungap kepenatan, jauh juga jarak perjalanan kami semua. Ramai orang sedang jogging dan bersenam, di sini ada kemudahan alat-alatan untuk bersenam. Boleh memancing ikan, tapi tak tahulah ikan apa yang ada di dalam tasik ini.
Muhammad Hamka riang bermain lari-lari anak, memang kelakar cara dia berlari. Kerja keras juga Chek dan Mama layan kerenah Muhammad Hamka. Lasak sungguh sekarang ini, memang aktif sangat. Pantang lepas tangan terus kucar-kacir kami kena kejar dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan