Adsterra

Isnin, 19 November 2012

Kenduri Keluarga Chu Nan

 Semua pakat berkumpul di rumah Abang Mat Kintan Pelabuhan Selatan.
 Konvoi ramai-ramai menghantar pengantin perenpuan ke Kampung Telok Gong.
 Sesat 1/2 jam sebab tiada peta diatas kad kahwin.
 Alhamdulillah suasana sungguh cerah dan tidak hujan seperti biasanya. Majlis berjalan dengan lancar.
 Berjumpa sanak saudara dari kampung hati rasa riang sekali.
 2 pasang mempelai meraikan hari bersejarah mereka dengan diiringi doa daripada keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handal.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan nikmat kepada pengantin amin.

Rabu, 14 November 2012

Mandi Laut

 Sekali-sekala berkumpul seronok juga, menikmati keindahan pantai sambil berborak dan bergossip.
 Ombak besar dan berbahaya tidak boleh mandi.
 Mahu menuju ke rumah Umi Jaja.
 Makan malam kami steambot.
Ke pasar membeli sarapan.

Berkelah

 Ini dia lauk-pauk yang Umi Yati dan Oma faten sediakan untuk kami semua berkelah dan menjamu selera di tepi pantai. Hebatkan, budu yang paling laris dengan tempoyak. Cayalah.
 Jemput makan semua, menu hari ini cukup menyelerakan dan asli masak orang Terengganu.
 Sebelum bapak-bapak ambil alih tugas menjaga anak-anak yang aktif, bapak-bapak makan terlebih dahulu. Manakala mak-mak pula kena makan lewat sikit sebab bapak-bapak bagi can mak-mak bergossip sambil layan anak-anak bermain.
 Main pasir sakan sampai tak lalu makan, puas pujuk suruh makan tak mahu. Makan pun main-main sebab mahu main pasir puas-puas.

 Syukur Alhamdulillah rezeki melimpah ruah daripada Allah untuk kami semua. Terima kasih.
Peace no war...

Selasa, 13 November 2012

Pantai Teluk Mak Nik

 Beriadah di Pantai Teluk Mak Nik dengan keluarga Ami Hazrat dan Ami Khairul. Makan keropok lekor, satay dan jeput pisang sambil menikmati angin laut China Selatan.
 Banyak pokok rhu di sini permandangan sungguh cantik sekali dan redup suasananya.
 Anak-anak Marwa Husna, Muhammad Adam Aryan dan Muhammad Hamka riang dapat bermain pasir pantai. Bermainlah sepuasnya sampai penat nanti kamu semua mudah untuk tidur malam tanpa banyak kerenah.
Muhaimin juga turut serta untuk menjaga sepupu-sepupunya yang masih kecil bermain di padang buaian. 

Isnin, 12 November 2012

Perkahwinan Nursyafiqah Dan Mohd Fariz

 Alhamdulillah berlangsung sudah majlis perkahwinan diantara Nursyafiqah dan Mohd Fariz. Bertempat di Kuarters Polis diraja Malaysia Flat Sri Wilayah, Sentul.
 Majlis diadakan gilang-gemilang semua sanak saudara dari kampung Batu Kurau sebelah Cher Keria hadir memeriahkan majlis.
 Bertemu sanak saudara yang jauh mengeratkan lagi silaturohim diantara kami semua. Bercerita itu ini begitu begini sampai lupa masa berlalu.
 Memang seronok tengok telatah pengantin yang gembira mahu panjat pelamin menjadi raja sehari.
 Paluan kompang dan gendang menyerikan majlis menjadi lebih ceria dan meriah, anak-anak gadis turut serta menari ikut rentak lagu POP KOREA GANGNAM STYLE.
Muhammad Hamka kehulu kehilir berlari dan bermain gembira, penat ikut rentaknya yang lincah dan aktif.

Khamis, 8 November 2012

Beriadah

 Cuaca hari ini sungguh baik sekali, pulang dari tempat kerja Mama kami sekeluarga menuju ke tasik Taman Bukit Raja untuk beriadah. Sudah lama Chek tidak bersenam, Mama pujuk Chek bersenam sambil menikmati panorama di sekitar tasik yang indah.
 Kami berjalan mengelilingi tasik sampai tercungap-cungap kepenatan, jauh juga jarak perjalanan kami semua. Ramai orang sedang jogging dan bersenam, di sini ada kemudahan alat-alatan untuk bersenam. Boleh memancing ikan, tapi tak tahulah ikan apa yang ada di dalam tasik ini.
Muhammad Hamka riang bermain lari-lari anak, memang kelakar cara dia berlari. Kerja keras juga Chek dan Mama layan kerenah Muhammad Hamka. Lasak sungguh sekarang ini, memang aktif sangat. Pantang lepas tangan terus kucar-kacir kami kena kejar dia.