Adsterra

Isnin, 30 April 2012

Taman Tasek Shah Alam

Berkunjung ke Taman Tasek Shah Alam sungguh seronok sekali, kerana dapat melepaskan tekanan kerja selama 1 minggu.
Ramai keluarga bertandang di sini beriadah bersama dan menikmati suasana petang yang sungguh santai.
Kanak-kakak ketawa riang bermain sampai lupa daratan. Semua orang bergembira bersama-sama keluarga tersayang. Pemuda dan pemudi berjogging sambil bergandingan sesama sendiri.
Kalau terasa lapar dan dahaga ada warung atau gerai yang menjual aneka jenis minuman dan makanan ringan, pilih sahaja yang mana berkenan. Ramai juga yang datang membawa bekal makanan dari rumah dan berkelah di sini

Sabtu, 28 April 2012

MBO Harbour Place

 Bersiap mahu keluar pergi rumah tokma.
 Sudah besar anak kami ini rupanya, tengok sudah pandai posing untuk tangkap gambar.
 Baru lepas makan pagi, tengah berkobar mahu pergi jalan-jalan.
 
 Sudah ready mahu bertolak ke Taman Klang Utama.
 Gayat sambil ketawa apabila duduk atas kerusi rotan di rumah tokma.
 Pulang dari rumah tokma kami menuju ke MBO Harbour PlaceKlang. Saja jalan-jalan cuci mata dan window shopping

Rabu, 25 April 2012

Klinik Kali Ke 9

 Temujanji kali ke 9 pergi klinik ibu. mama kena beratur panjang sebab ramai sangat orang mahu jumpa doktor.
 Suasana bising sedikit sebab ada kanak-kanak melalak menangis sakan.
 Muhammad Hamka sedang bermain dengan anak itiknya.
Muka serius bila jumpa doktor.

Ahad, 22 April 2012

Summit

 Chek bawa naik motorsikal pergi beli sarapan pagi.
 Tengok kartun wonder pets layan sampai tertidur.
 Pergi ke taman permainan main buaian.
 Bertolak ke Summit USJ shopping sebab ada expo baby.
Singgah Hotel Summit makan, lapar sebab banyak berjalan.

Isnin, 16 April 2012

Pantai Remis

 Lama tidak makan ikan bakar dekat Pantai Remis.
 Menjamu selera setelah penat menikmati keindahan pantai yang penuh sesak dengan pengunjung.
Seronok dapat bersantai dengan keluarga tenang minda senang hati.

Khamis, 12 April 2012

Morib Banting

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Dis lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Nov 2011.
 Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu. Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
 Kami sekeluarga sedang bersantai di tepi Pantai Morib, Banting tanpa ambik peduli hal-ehwal dunia. Kami tidak tahu pun ada gempa bumi. Nasib baik tiada tsunami tempat kami melepak.
 Dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa Muhammad Hamka tidur lena dibuai hembusan bayu yang nyaman.
 Pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai kaum, berkelah membawa keluarga sempena cuti umun.
 Anak Chek asyik kena gomol saja hari ini dengan Mama dalam kereta tadi sampai menjerit-jerit tidak mahu duduk dalam carseat.
Suasana matahari berlabuh tutup tirai siang sungguh cantik dan indah sekali, kebetulan air laut sedang surut.

Isnin, 9 April 2012

Bersiar

 Pergi Kuala Lumpur ke Jalan TAR beli mesin jahit.
 Makan tengahari di Sogo.
 Shopping baju Muhammad Hamka 7 pasang.
 Pergi ke Pasar Borong Jalan Meru baiki mesin jahit.
Siggah makan malam di AEON Bukit Raja.

Sabtu, 7 April 2012

Peraduan AEON

 Amoi sedang kira peraduan rama-rama AEON.
 Pening kena kira banyak kali.
 Mama merungut sebab tulisan AEON ada kecil ada besar dan tidak serata kedudukkannya.
 Kira sampai 4, 5 kali. lagi kira lagi pening.
 Chek kira sudah dekat 1 jam, asyik kira ulang 5,6 kali.
 Mama kira dalam handphone sebab Chek tangkap gambar, lagi pening sebab handphone screen akan padam bila tiba automatik off 30 saat.
 Muhammad Hamka kira jari-jemari sambil tenang menanti Mama dan Chek kira rama-rama AEON. Shopping sikit-sikit barang keperluan Muhammad Hamka.





Isnin, 2 April 2012

Jatuh Katil

 Kesian anak aku jatuh katil kepala dahulu, mengelupur kesakitan semasa aku datang terpa.
 Menangis sakan sampai terisak-isak sambil mengosok kepalanya.
 Cepat-cepat aku pergi ambil bag ais dan tuam ke dahi anak aku serta-merta kucup bengkak di dahi.
Sapu minyak harimau kumbang, Alhamdulillah mujarab dan terus tertidur sambil bergenang air mata.