Adsterra

Isnin, 30 April 2012

Taman Tasek Shah Alam

Berkunjung ke Taman Tasek Shah Alam sungguh seronok sekali, kerana dapat melepaskan tekanan kerja selama 1 minggu.
Ramai keluarga bertandang di sini beriadah bersama dan menikmati suasana petang yang sungguh santai.
Kanak-kakak ketawa riang bermain sampai lupa daratan. Semua orang bergembira bersama-sama keluarga tersayang. Pemuda dan pemudi berjogging sambil bergandingan sesama sendiri.
Kalau terasa lapar dan dahaga ada warung atau gerai yang menjual aneka jenis minuman dan makanan ringan, pilih sahaja yang mana berkenan. Ramai juga yang datang membawa bekal makanan dari rumah dan berkelah di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan