Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April 2012 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Dis lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Nov 2011. Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu. Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
Kami sekeluarga sedang bersantai di tepi Pantai Morib, Banting tanpa ambik peduli hal-ehwal dunia. Kami tidak tahu pun ada gempa bumi. Nasib baik tiada tsunami tempat kami melepak.
Dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa Muhammad Hamka tidur lena dibuai hembusan bayu yang nyaman.
Pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai kaum, berkelah membawa keluarga sempena cuti umun.
Anak Chek asyik kena gomol saja hari ini dengan Mama dalam kereta tadi sampai menjerit-jerit tidak mahu duduk dalam carseat.
Suasana matahari berlabuh tutup tirai siang sungguh cantik dan indah sekali, kebetulan air laut sedang surut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan