Adsterra

Isnin, 25 Julai 2011

Hadiah

Untie Tan bagi hadiah pada Muhammad Hamka. Cantiknya, terima kasih banyak-banyak.

Rabu, 20 Julai 2011

Ilmu Hitam

Badan sudah berasap sebab banyak sangat makan durian, maklumlah sana-sini peniaga bantai jual durian macam pesta. Tidak boleh lalu dan pandang saja, mesti kena beli. Menjadi betul sekarang musim durian, ada dari Johor ada dari Pahang dan ada dari Perak, sedap sungguh sehingga sakit tekak aku makan.
Tengah enak menjamu selera tiba-tiba datang seorang Hamba Allah yang teraniaya, kesian aku lihat wajah beliau yang dikenali sebagai Puan B, rupa-rupanya beliau sedang sakit yang amat sangat. Jemput makan durian dulu baru kita cerita panjang.
Selesai makan durian Puan B bercerita sakan perihal rumahtangga beliau yang sedang dilanda badai daripada perbuatan khianat manusia yang bersifat kebinatangan. Kesian aku dengar kisah beliau, beliau minta pertolongan daripada aku, manalah aku pandai mahu berubat beliau.
Dengan segala rendah hati aku bawa Puan B berjumpa dengan seorang Ustaz, setelah tarikh dan waktu pertemuan telah ditetapkan kami menuju ke suatu tempat yang dirahsiakan. Puan B bagi duit belanja pada aku sebanyak rm1200.00 untuk ke tempat yang dimaksudkannya itu.
Pagi-pagi lagi aku sudah bertolak ke destinasi yang rahsiakan itu, perjalanan yang panjang. Alhamdulillah perjalanan lancar dan aku memang speed 160km/j, speed trek polis ada tapi berkat doa Ustaz semuanya lepas.
Sampai ke destinasi yang dituju tanpa berlenggah Ustaz terus memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Karim, aku jadi pak pacak tunggu dari belakang sahaja. Lebih kurang 10 minit merawat rumah Puan B barulah Ustaz jumpa barang kotor yang dicari yang telah dilemparkan ke dalam longkang depan rumah beliau. Barang kotor itu berasa dari Bomoh Orang Asli, orang yang menyuruh melakukan perbuatan terkutuk itu berasal selang sekampung dari kampung Puan B.

Peristiwa selebihnya biarlah rahsia, menjadi satu kesedaran kepada aku bahawa di Malaysia yang maju ini masih ada orang yang suka mengamalkan perkara khurafat seperti ini. Bawa-bawalah bertaubat, pintu taubat masih terbuka luas. Allah Maha Pengampung, janganlah kita Syirik dan Kufur kepadaNya. Na'uzubillah.

Ahad, 17 Julai 2011

Berjalan-jalan

Keluar awal hari ini pergi ke klinik, sudah 2 hari Muhammad Hamka tidak berak. Tokma suruh bawa pergi jumpa doktor.
Pergi ke Klinik Noraini, jumpa doktor terus berak, senang hati Mama dan Chek.
 Ramai juga budak-budak yang kurang sihat hari ini, beratur mahu jumpa doktor. Nasib baik datang awal sikit daripada dia orang, kalau tidak jenuh menunggu mahu jumpa doktor.
 Mula-mula pergi Shah Alam ke Bangunan SUK hantar borang pinjaman adik, selepas itu baru ke Jaya Jusco Bukit Tinggi. Rupa-rupanya masih ada barang-barang keperluan untuk Muhammad Hamka belum di beli.
 Mama lepas geram ajak Chek pergi makan Kenny Roger's, emmm sedap sangat dapat makan di sana. Pelan-pelan saja mama kunyah mahu betul-betul menikmati ayam panggangnya.
 Tukar pampers dan bagi susu pada Muhammad Hamka, menangis kerana lapar.
 Chek pun siap mahu bergambar dalam tempat bilik susu ibu ini. Chek cakap di dalam sini ada bau dot dot dot. Yelahkan semua ibu-ibu tukar pampers baby mereka di sini, hidung mama takde pulak bau toksin itu.
 Gambar pertama sekeluarga, hahahahaha.
 Sakan Muhammad Hamka tidur saja semasa ronda dalam Jaya Jusco.
Singgah Secret Resepi, mak aiii penatnya Mama rasa pancit seluruh badan. Lama tidak berjalan, penat yang amat sangat. balik nanti mahu tidur sepuasnya.

Sabtu, 16 Julai 2011

Habis Pantang

Alhamdulillah syukur kepada Allah, Mama dan Muhammad Hamka sudah habis berpantang selama 44 hari. Baru rasa kendur urat sikit, selama 44 hari ini mama asyik terperap saja di rumah Tokma. Emmm, tidak sabar rasanya hati mahu balik ke rumah. Banyak barang yang perlu mama berkemas, Chek sibuk di rumah berkemas kerana mahu sambut kepulangan Mama dan Muhammad Hamka.
 Berkerut muka Muhammad Hamka apabila bergambar, agaknya silau flash daripada kamera.
 Mama sudah siap berdandan, bukan main lawa dan wangi tuhan saja yang tahu.
 Lenanya Muhammad Hamka tidur di dalam Car Seat.
Tiba-tiba menangis mahu susu, wa...wa...wa...wa...

Sabtu, 9 Julai 2011

Basuh Baju

Jenuh pagi ini basuh baju Muhammad Hamka penuh 1 baldi, kalau lambat basuh takut takde baju mahu pakai. Kesian pulak anakku ini. Minta tolong Chek sental semua pakaiannya. Chek pulak kalut mahu pergi solat Jumaat dan ke Jaya Jusco Bukit Raja mahu beli botol susu dan puting new born.
Selepas urusan mama selesai segala makan dan minum serta mandi manda Chek terus beredar lebih kurang pukul 3 petang. Mama tinggal sekejap dengan Muhammad Hamka, kejap sahaja selepas itu Tokma pulang dari berniaga. Pak Ucu pun ada pulang dari Kolej Komuniti Merlimau Melaka sampai rumah 5.00 petang. Lepak dengan Muhammad hamka selepas itu pergi main Futsal dengan kawan-kawan di Shah Alam.
Sebelah malam pula semasa Chek pulang dari Rantau Panjang, Muhammad Hamka menangis. Ingatkan kembung perut rupanya lapar susu, tapi yang peliknya dia tidak mahu minum susu badan. Bagi susu botol pun tidak mahu juga. Semua orang dalam rumah pening sekejap, selepas 2 jam merengek barulah dapat tidur lena.

Khamis, 7 Julai 2011

Hadiah Daripada Ammun

Hari ini sedang Chek dan Mama tengok tv sambil bersenang-lenang tiba-tiba datang orang dari Syarikat Skynet Courier hantar barang berbungkus dalam plastik, kami tertanya-tanya siapalah yang bagi barang melalui pesanan courier ini. Akhirnya apabila kami buka barulah Chek dan Mama tersenyum lebar kerana mendapat sebuah hadiah daripada Susu Ammun, memang kami berharap sangat mahu beli alat ini. Tapi harganya terlalu mahal dipasaran, Alhamdulillah syukur pada Allah dengan usaha mengumpul pencedok susu dan menghantar kepada Syarikat Ammun kami berpeluang mendapat hadiah ini. Gembira tuhan saja yang tahu hari ini, nasib baik masih sempat masuk peraduan Ammun sebelum tarikh tamat 30 Jun 2011.
 Surat daripada Syarikat Ammun kepada Mama.
Nama alat ini Child Monitoring Devices. Terima kasih kepada Syarikat Ammun kerana bagi hadiah kepada Muhammad Hamka.

Susah Tidur Malam

Sudah 5 malam berturut-turut Muhammad Hamka tidak dapat tidur malam sampai ke pagi, macam-macam usaha Chek, Mama dan Tokma lakukan supaya Muhammad Hamka dapat tidur lena dan nyenyak. Setiap 2 jam Chek akan urut perut Muhammad Hamka takut-takut perut masuk angin dan kembung. Manakala mama pula bagi susu badan semampu mungkin tetapi Muhammad Hamka tidak mahu hisap susu. Tokma pula akan ulik sambil bagi susu botol pun Muhammad Hamka tidak mahu minum. Pakaian yang Muhammad Hamka pakai akan Chek tukar 2 jam sekali bagi selesa supaya dapat tidur dengan sempurna. Bertungku setiap 1 1/2 jam sekali, Chek akan pastikan bertungku selama 10 minit di antara perut dan tapak kaki.
Doktor syorkan guna Vicks untuk kelegaan pernafasan dan dada, supaya kurang tekanan pada Muhammad Hamka.
 Untuk urut perut Chek guna minyak telon, ini botol yang ke 2 Chek beli.

Umi Faten, Ami Hazrat Dan Muhammad Adam

Semalam Chek pergi ambil Ami Hazrat di LCCT pulang dari Sabah. Pulang bercuti beberapa hari, selepas ini kena pergi ke Sibu pula sebab ada projek baru di sana.
 Umi Faten sedang agah Muhammad Hamka, sebelum bertolak pulang ke Terengganu.
 Muhammad Adam nyenyak tidur kerana penat berjalan pergi shopping sakan.
 Langsung tidak sedar sebab penat sangat,katanya baru lepas mengamuk sebab badan sudah penat.
 Hadiah daripada Umi Faten. Alat sedut hingus.
 Alamak Muhammad Hamka hisap puting gantung, ini Tokma yang belikan.
 Seronok tengok Nur Umairah Syamina bermain dengan Muhammad Adam.
 Hadiah dari Sabah untuk Chek, mama sekarang masih berpantang mana boleh makan.
 Jenuh makan coklat.
 Sedap sangat sampai jilat plastik.
 Coklat selamanya.
 Makan dengan susu lagi sedap kalau yang ini.
Sambil tengok tv Chek asyik mengunyah je.

Selasa, 5 Julai 2011

Hari Pertama Ke Klinik Ibu

Tepat jam 6.20 pagi bangkit bersiap mahu ke klinik hari ini ada temujanji untuk bawa Muhammad Hamka jumpa doktor. Sampai lebih kurang pukul 8.00 pagi di klinik orang ramai sangat dapat nombor 26.
 Datang lambat terpaksalah tunggu lama, mama kena jumpa nurse dulu untuk ambil ujian darah dan sample air kencing, Chek jaga Muhammad Hamka yang sedang nyenyak tidur dalam stroller. Nasib baiklah bawa stroller boleh Muhammad Hamka tidur lena tanpa penat di riba.
 Muhammad Hamka kena telanjang bulat sebabnya nurse mahu timbang dan ukur panjang serta ukur lilitan kepala.
 Suasana bising sangat tapi Muhammad Hamka tidur lena dan penuh dengan kepuasan. Kena cucuk meraung juga sekejap, kuat sakan suaranya.
 Tengok, mukanya sudah bercalar. Kuku panjang sangat belum berani mahu potong, sebab jarinya kecil sangat.
 Pergi ke klinik naik Avanza, selesa sangat. Tidaklah sakit semasa mama mahu tunduk dan turun daripada kereta.
Chek marah sebab muka Muhammad Hamka luka tercalar, mama kena marah. Tangan mama mengigil semasa tanggalkan pakaian Muhammad Hamka tadi, maklumlah nurse mahu cepat sebab orang ramai. Mama terlepas pandang, terus Muhammad Hamka garu muka dengan kukunya yang panjang. Habis bercalar, muka Chek masam saja marah pada mama. Maafkan mama ya, lain kali mama tidak cuai lagi.

Jumaat, 1 Julai 2011

Sebulan Anakku

 Hari ke 7 baru lepas mandi pagi.
 Hari ke 13 petang semasa tunggu mama minum petang.
 Nur Umairah Syamina datang sampai pukul 10.30 malam, bermain dengan Chek.
 Hari ke 15 ami Khai, Umi Yati dan Marwa Husna datang berjalan ke Klang 1 minggu.
 Hari ke 16 baru minum susu (makan tengahari).
 Hari ke 18 baru lepas makan tengahari (minum susu).
 Marwa Husna yang comel, pandai bergaya bila tangkap gambar.
 Nur Umairah Syamina pun comel pandai bergaya sakan.
 Hari ke 27 tunggu mama sarapan dan mandi.
 Alahai busuknya bau susu anak Chek nie.
 Hari ke 29 waktu Zohor sekarang Chek kena pergi solat dulu baru boleh main dengan Muhammad Hamka.
Hari ke 30 orang nak tidur pun tak senang. Nak ambik gambar je, ganggulah flash tu.