Pagi ini aku keluar pergi ke Pusat Rawatan Islam Darul Syifa, ada gangguan yang menghantui diri aku 10 hari ini. badan rasa kurang selesa terasa sengal-sengal tulang seluruh badan. Malam hari anak sulung aku tidak dapat tidur lena selalu sangat terkejut sewaktu tidur dan menangis. Susah hati melihat anak menangis malam-malam, mahu dikatakan sakit perut kerana kembung rasanya tidak. Alih-alih kenalah gagahkan hati pergi berubat sebab gangguan semakin ketara sampai bermimpi buruk.
Inilah rupa Pokok Bidara. Daunnya diambil untuk dibuat mandi selepas membuat rawatan.
Inilah rupa Pokok Bidara. Daunnya diambil untuk dibuat mandi selepas membuat rawatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan