Adsterra

Rabu, 20 Julai 2011

Ilmu Hitam

Badan sudah berasap sebab banyak sangat makan durian, maklumlah sana-sini peniaga bantai jual durian macam pesta. Tidak boleh lalu dan pandang saja, mesti kena beli. Menjadi betul sekarang musim durian, ada dari Johor ada dari Pahang dan ada dari Perak, sedap sungguh sehingga sakit tekak aku makan.
Tengah enak menjamu selera tiba-tiba datang seorang Hamba Allah yang teraniaya, kesian aku lihat wajah beliau yang dikenali sebagai Puan B, rupa-rupanya beliau sedang sakit yang amat sangat. Jemput makan durian dulu baru kita cerita panjang.
Selesai makan durian Puan B bercerita sakan perihal rumahtangga beliau yang sedang dilanda badai daripada perbuatan khianat manusia yang bersifat kebinatangan. Kesian aku dengar kisah beliau, beliau minta pertolongan daripada aku, manalah aku pandai mahu berubat beliau.
Dengan segala rendah hati aku bawa Puan B berjumpa dengan seorang Ustaz, setelah tarikh dan waktu pertemuan telah ditetapkan kami menuju ke suatu tempat yang dirahsiakan. Puan B bagi duit belanja pada aku sebanyak rm1200.00 untuk ke tempat yang dimaksudkannya itu.
Pagi-pagi lagi aku sudah bertolak ke destinasi yang rahsiakan itu, perjalanan yang panjang. Alhamdulillah perjalanan lancar dan aku memang speed 160km/j, speed trek polis ada tapi berkat doa Ustaz semuanya lepas.
Sampai ke destinasi yang dituju tanpa berlenggah Ustaz terus memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Karim, aku jadi pak pacak tunggu dari belakang sahaja. Lebih kurang 10 minit merawat rumah Puan B barulah Ustaz jumpa barang kotor yang dicari yang telah dilemparkan ke dalam longkang depan rumah beliau. Barang kotor itu berasa dari Bomoh Orang Asli, orang yang menyuruh melakukan perbuatan terkutuk itu berasal selang sekampung dari kampung Puan B.

Peristiwa selebihnya biarlah rahsia, menjadi satu kesedaran kepada aku bahawa di Malaysia yang maju ini masih ada orang yang suka mengamalkan perkara khurafat seperti ini. Bawa-bawalah bertaubat, pintu taubat masih terbuka luas. Allah Maha Pengampung, janganlah kita Syirik dan Kufur kepadaNya. Na'uzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan