Adsterra

Isnin, 7 Mac 2011

Walimatul Urus Mohd Sazri Dan Nurulliza

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi.
Terima kasih tidak terhingga kepada
Tuan Mohd Idris Bin Maarof
Dan
Puan Noorhanoom Binti Shafie

Kerana sudi menjemput kami sekeluarga meraikan majlis persandingan putera kesayangan beliau.
Mohd Sazri Bin Mohd Idris
Dengan Pasangannya
Nurulliza Binti Muda

Pada hari Ahad, 6 Mac 2011 bersamaan 1 Rabiulakhir 1432 Hijrah.
Bertempat di No. 17, Jalan Pandamaran Jaya 77,
Pandamaran Jaya,
42000, Klang,
Selangor.

Sesat 1/2 jam sampai menuju ke Kota Pendamar. Terpaksa berhenti tanya Polis dekat balai simpang Jalan Polis.

Rupa-rupanya Lorong Up Town Padamaran Jaya. Hilang penat dengan menjamah nasi minyak yang istimewa sambil menikmati kareoke dendangan pemuda dan pemudi.

Aturcara Majlis
Jamuan Makan : 11.00 pg - 5.00 ptg
Majlis Persandingan : 12.30 tgh

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau satukanlah hati kedua mempelai ini seperti mana Engkau satukan Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan sepertimana Engkau satukan hati jujungan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Kami memohon doa restu Mu, berkatilah majlis ini dan lindungilah agar ia berada dalam keadaan yang sempurna. Semoga jodoh pasangan ini, berkekalan sehingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga kehidupannya dipenuhi Al-Muawaddah dan Al-Rahman di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan