
Barulah selesa permanduan, dapat redah bonggol tanpa brek emergency. 60 km/j selamba je lalu atas bonggol, sudah tidak kisah bergensel dengan jalan yang berbonggol.
Masa repair kereta di bengkel Abang Bad berjumpa dengan Abang Zaidi baru pulang dari kebun, dia ajak aku pergi minum di warung Wak Basiran. Lepak di sana sampai tengahari, dengar gossip terkini daripada otai-otai jawa.
Aku ternganga sahaja sebab kurang faham bahasa jawa, maklumlah baru bejinak-jinak belajar bahasa jawa. Best jugak makan nasi lemak di sini, lauk sambal ayamnya sedap. Patutlah ramai para nelayan lepak di sini rupa-rupanya harga makanan di sini berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan