Adsterra

Jumaat, 29 Oktober 2010

Scan Baby

Pagi-pagi lagi aku sudah keluar pergi ke Klinik Huda untuk buat scan mahu tengok keadaan kandungan aku ini. Sebelum datang buat scan aku suruh Ak pergi ke Klinik Desa Ibu untuk tanya apa yang patut, doktor suruh bawa gambar scan sebab dekat Klinik Desa Ibu tiada alat untuk scan kandungan.
Takut juga masa jumpa doktor, maklumlah baru pertama kali seumur hidup ini mahu di scan, perasaan bercampur baur dengan hendak muntah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, sekejap saja rupanya ingatkan lama kena buat scan. Dalam rahim aku sudah ada janin yang terbentuk, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Maha Suci Allah.
Tanggal 4, November, 2010 aku dan Ak pergi ke Klinik Desa Ibu, jumpa doktor. Datang seawal 8.00 pagi, punyalah  ramai orang tuhan saja yang tahu. Sebelum jumpa doktor aku kena ambil tekanan darah serta darah untuk ujikaji, kena ambil sample air kencing, timbang berat badan, ukur lilitan pinggang dan mendengar ceramah daripada nurse perihal hal ehwal berkaitan ibu mengandung. Ak tunggu di luar lepak dengan seorang budak darjah satu namanya Farid Hakimi (kawan kecil Ak yang baru). Lama sangat aku berada di klinik, penat sangat amat, dapat pulang jam 12.30 tengahari. Fuhhh, lega rasanya dapat balik ke rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan