Semalam ada seorang pemuda berbangsa cina, A (namanya) datang mengurut dengan aku. A tiba lebih kurang 9.30 malam setelah 1 minggu membuat temujanji. Seorang pendiam serta pemalu tinggal di Bandar Sunway. Sebelum memulakan rawatan urut tradisional badan aku jadi seram sejuk tidak tentu pasal, seluruh bulu roma di sekitar leher meremang tegak rasa tidak selesa dan tertekan. Seolah-olah ada 1 beban bertenggek di atas bahu aku.
Aku tempis perasaan runsing yang bersarang dalam diri sebab mahu tumpukan sepenuh perhatian pada rawatan mengurut. Allah saja yang tahu betapa hati aku tidak tenteram semasa mengurut A. Ada gangguan yang kurang menyenangkan semasa mengurut A. Aku asyik sendawa terbelahak-lahak mata aku jadi melalak, tangan aku jadi sengal-sengal dan terasa ibu jari jadi krem tidak dapat bergerak. Kulit A keras macam batu dan dalam masa yang sama A menjerit-jerit kesakitan. Katanya aku urut kuat sangat, padahal aku baru guna tenaga gear 1. Aku berasa pelik dengan kejadian yang tanpa di sangka-sangka ini.
Allah Hu Robbi, Allah Maha Besar, tiba-tiba datang 1 ilham beritahu bahawa A ada memakai tangkai ilmu hitam daripada Siam. Aku beranikan diri bertanya tentang tanggal apa yang ada di dalam seluar A. A mula-mula kelihatan terkejut, dia tidak menyangka aku akan bertanya tentang tangkal ilmu hitam yang ada di dalam seluarnya. Aku suruh dia simpan tanggal ilmu hitam itu ke dalam kereta. A turut permintaan aku tanpa banyak soal.
Setelah tanggal ilmu hitam daripada Siam sudah keluar rumah, barulah rawatan urut tradisional berjalan dengan lancar. Syukur pada Allah kerana mengeluarkan barang tidak elok dari dalam rumah aku. Semasa tanggal ilmu hitam itu ada di dalam rumah, keadaan betul-betul kurang menyenangkan, sesak seluruh pernafasan aku.
A akhirnya akur dan bercerita kenapa dia simpan tanggal macam itu?. A memulakan cerita kepada aku serba ringkas, tahun lepas febuari 2009 dia pergi ke Thailand bercuti sambil berhibur dengan kawan-kawan. Mulanya mereka tiada pun matlamat mahu jumpa bomoh Siam, tetapi ada seorang kawan A perniagaannya mengalami masalah. Jadi secara tidak langsung dia turut sekali pergi jumpa bomoh Siam mahu minta tanggal untuk buat pelaris.
A ada buka kedai jual barang-barang handphone dalam sebuah pasaraya DOT DOT DOT , jadi dia pun terikut sekali tertarik mahu perniagaannya menjadi maju. Katanya tanggal itu berharga rm1500.00 sehingga rm3000.00 bahan-bahan yang ada di dalam kain oren itu dirahsiakan.
Ingatkan orang melayu sahaja yang percaya pada pengunaan tangkal, rupa-rupanya kaum lain di Malaysia percaya juga. Pelik dan ajaib A memberitahu ada orang sanggup berhabis duit untuk dapat tangkal yang terbaik katanya. Entahlah tangkal apa yang A maksudkan. Malah tangkal juga ada ketogerinya tersendiri dari gred a sehinggalah gred c.
Selebihnya biarlah rahsia, A cuma beri izin aku beritahu setakat ini sahaja. Maklumat selebihnya adalah mengarut untuk diwar-warkan di blog aku ini. Nasib baiklah A bukan orang Islam, kalau orang Islam tentu akan berdosa besar kerana menyekutukan Allah dengan sesuatu.
Na U’zu Billah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan