Adsterra

Sabtu, 2 Ogos 2008

LATA KINJANG, TAPAH

Assalamualaikum, aktiviti kali ini kami pergi mandi air terjun Lata Kijang, Tapah. Pernah lihat air terjun tinggi yang mengalir turun dari gunung sewaktu melalui kawasan Tapah menggunakan lebuhraya Utara Selatan?
Air terjun itu sebenarnya ialah air terjun Lata Kinjang, iaitu air terjun yang dikatakan tertinggi di Asia Tenggara.
Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah. Daya tarikan yang utama kawasan air terjun ini ialah rangkaian air terjunnya yang menjunam dari ketinggian 100 meter ke bawah. 
Di sana juga terdapat ruang-ruang untuk beristirehat dan gerai-gerai makanan untuk para pengunjung. Selain itu, para pengunjung juga boleh melawat taman orkid dan taman bambu.
Badan panas berpeluh dan melekit, perlukan sesuatu yang segar dan nyaman. Apa lagi? Lata Kinjang, Tapah lah jawapannya. Jauh perjalanan luas permandangan. Allah Hu Rabbi. Cantiknya. Sejuknya....
Mandi-manda sepuas hati. Berendam macam badak daaaa. Underware penuh pasir. Tahap gaban lapar.... Opst? Pengalaman yang sangat indah dan dibukukan dalam blog ini untuk kenangan bersama. 1000 kawan 1000 impian, 1 pengalaman 1 kenangan. 
Bismilahirohmanirohim.
Jemput makan semua. Allah bagi rezeki melimpah ruah. Thanks kawan-kawan. Hehehe (malu-malu pulak) makan jelah. Kali ke 5, makan. Syukur Alhamdulillah.
Tertulis sudah sebuah memori indah dengan ingatan tulus ikhlas. Seronoknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan