Adsterra

Sabtu, 2 Ogos 2008

TRIP GUA TEMPURUNG

Assalamualaikum wbt.

Wah indahnya permandangan hari ini.... Dari Klang 6.00 pagi, tiba di Gua Tempurung 8.30 pagi. Konvoi 4 buah kereta. Masa sampai tadi, pengunjung tempat ini masih suam-suam kuku. Abang-abang Renjer baru nak punch kad masuk kerja. Kawan-kawan yang kesejukkan pakat-pakat masuk tandas buang air. Kerja aku pagi ini menyediakan peralatan untuk menjejalah masuk ke dalam Gua Tempurung. Touch light ada, air mineral ada, beg plastik kalis air ada, sarung tangan ada, bende lutut ada, kamera ada, dan isteri serta adik aku pun ada. Semua peralatan aku sumbat dalam beg kecil yang boleh di galas oleh bini aku. Sebelum abang Renjer panggil kita orang untuk sessi taklimat tentang keselamatan, aku dan kawan-kawan sibuk tangkap gambar yoyo ooo katanya nak buat kenang-kenanganlah.
Selesai taklimat ringkas tentang keselamatan, aku dan kawan-kawan menjelajahlah ke dalam perut Gua Tempurung ditemani seorang Renjer namanya Zafril. MasyaAllah, hebatnya ciptaan Allah. Aku dan kawan-kawan terpukau dengan keindahan semulajadi dalam Gua Tempurung ini.
Ingatkan tidak ada adengan merangkak macam Rambo, rupa-rupanya lebih teruk aku dan kawan-kawan kena meredah air sungai yang sedang mengalir. Habis basah lencun pakaian kita orang.
Masa merangkak nasib baiklah tidak ada yang melepas angin, kalau tidak jenuh aku nak tahan nafas. Meniarap pun meniaraplah, basah pun basahlah yang penting inilah pengalaman sekali seumur hidup.
Rupa-rupanya batu di dalam Gua Tempurung ini terbahagi kepada dua jenis iaitu stalaktait dan stalakmait. Masa berjalan mestilah berhati-hati, takut terlanggar batu dan boleh menyebabkan luka parah.
Tidak menang tangan aku menangkap gambar, tapi sebelum aku tangkap gambar aku berdoa pada Allah supaya janganlah ada apa-apa gangguan daripada penghuni Gua Tempurung ini. Maklumlah aku datang tempat dia orang. Mudah-mudahan aku, isteri, adik dan kawan-kawan dilindungi daripada gangguan makluk halus. Renjer Zafril juga berpesan, jangan cakap takbur, jangan jalan seorang diri, jangan buang air sebarangan, jangan buat bising, jangan bergurau senda yang melampaui batas dan jangan kutip apa-apa sewaktu menjejalah Gua Tempurung ini.
Inilah Renjer Zafril, juru pandu jalan sewaktu menjelajah Gua Tempurung. Budi dan baik beliau kepada aku dan kawan-kawan amat dihargai. Pesan Renjer Zafril kepada aku dan Kawan-kawan ialah "jangan minum air sungai tu, ada kapur kat dalam. Kan kena batu karang." Memang air sungai berbau kapur, sumber kapur daripada dinding Gua Tempurung.
Aku dan kawan-kawan tiba di hujung Gua Tempurung, perjalanan pergi mengambil masa 2 jam. Jarak perjalanan 4km.

Subhanallah, tenang dan damai jiwa raga aku apabila melihat flora dan fauna. Kawan-kawan sibuk berendam dalam alur air sungai. Seronoknya dapat main gelongsor sampai koyak seluar jeans aku. Banyak aku lihat tapak kasut pengunjung yang tertanggal dari kasut mereka, tapak kasut isteri aku juga tertanggal. Kesian isteri aku kasutnya jadi semakin licin sebab tidak ada tapak.
Menjejalah lagi ke dalam perut Gua Tempurung yang semakin kelam dan gelap, udara lembab manakala laluan mendaki semakin merbahaya dan banyak lubang serta berliku. Mendaki tangga 1500 anak tangga, penat macam nak terkeluar kepala lutut. Nasib baik aku, isteri dan adik pakai bende lutut, kuranglah sikit sakitnya. Manakala kawan-kawan yang tidak pakai bende lutut mengeluh kesakitan kerana lengguh. Ada 10 platform untuk berehat.
Ada monumen beruk bawa kereta, wanita mengandung (tapi macam ada taring), kepala naga, dan apa lagi ya? sorry aku sudah terlupa. Oklah setakat ini sahaja, banyak gambar yang aku tangkap tidak menjadi. Semua jadi kabur dan rosak, sayang sekali. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kami semua selamat pergi dan selamat pulang tanpa ada apa-apa halangan. Sekian terima kasih.
'Wallah Hu Alam'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan