Adsterra

Rabu, 28 April 2010

BAKAR BABI BELAKANG RUMAH

Apa komen saudara dan saudari jika di belakang rumah kalian ada jiran yang bukan beragama Islam (berbangsa Cina) sedang membakar babi seawal jam 6.00 pagi tiap-tiap hari? Kebetulan jiran kalian seorang tokey restoran yang terkenal dan kaya-raya, kawan-kawan tokey tersebut pula terdiri daripada Pegawai Kerajaan Majlis Perbandaran. Susah nak cakapkan?


Kita rakyat biasa terpaksa terima akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Buat aduan tetapi tidak sampai kemana. Macam mana boleh jadi macam ini? Aduan kita dilayan tetapi tidak diendahkan. Pernah sekali ada 2 orang pegawai dari Majlis Perbandaran datang mengambil gambar, sambil berbincang mesra dengan tokey restoran bertanya itu dan ini tentang pembakaran babi di belakang rumah bertaman yang tidak ada ciri-ciri keselamatan. Tindakkan sesulan selepas itu tidak ada sampai sudah.


Hairankan, boleh ke bakar babi di belakang tempat tinggal kawasan perumahan bertaman? Sedangkan ada penghuni yang beragama Islam di situ. Tiap-tiap hari 1 atau 2 ekor babi di bakar selama 4 tahun berturut-turut tidak pernah berhenti kecuali pada Perayaan Tahun Baru Cina sahaja.


Cara pembakaran tidak ada ciri-ciri keselamatan, tong dram yang buruk dan rosak, persekitaran bersampah-sarap serta jijik meloyakan, Sampah tidak di buang selepas memanggang babi, tong minyak di letak merata tempat, arang di sandar hampir dengan pintu belakang rumah jiran Islam, kertas surat khabar lama bertimbun di atas tong dram (tempat pembakar) Kalaulah berlaku kebakaran macam manalah nasib penghuni Islam di sebelah rumah tokey restoran babi itu agaknya? Siapa yang patut dipersalahkan? Tokey restoran atau tokey Majlis Perbandaran?


Saudara dan saudari yang membuat andaian, tepuk dada tanyalah selera. Masalah pencemaran bau daripada aroma daging babi yang busuk dan aroma longkang tersumbat yang penuh dengan lemak babi menyusuk ke lubang hidung, tuhan saja yang tahu betapa busuk dan serius masalah yang dihadapi jiran Islam sekitar perumahan bertaman itu. Masalah anjing dengan salakan yang bising menjengkelkan dan masalah bau tahi anjing yang tidak dibersihkan. Entahlah mahu mengadu kepada siapa lagi? Majlis Perbandaran? TV1, TV2 atau TV3? Aduan Rakyat? Entahlah........................ Kecewanya jadi rakyat Malaysia.

Maklumat ini daripada seorang hamba Allah yang mahu aku siarkan dalam blog aku tentang masalah yang beliau hadapi.

Selasa, 6 April 2010

HANTARAN

SELAMAT PENGANTIN BARU


KEPADA HAZRAT DAN MAR AIN.


SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.


MUDAH-MUDAHAN CEPAT MENDAPAT ZURIAT DAN SENTIASA DICUCURI RAHMAT SERTA NIKMAT DARIPADA ALLAH. AMIN.

Isnin, 5 April 2010

KELASI KAPAL

Assalamualaikum wbt.
Pernah kawan-kawan naik kapal tunda atau kapal kargo? Tak pernah? Ok, di sini aku ingin berkongsi pengalaman sekali seumur hidup di atas kapal tunda. Best, tidak dapat digambarkan. Aku pernah naik sekali, semasa kapal sedang berlabuh di Pelabuhan Selatan, Port Klang. Waktu itu aku menghantar adik untuk pergi belayar ke Sabah. Semua gambar di bawah adalah hak milik adik aku dari camera handphonenya. Dia bagi kebenaran untuk aku siarkan ke dalam blog, agar dapat berkongsi dengan kawan-kawan blogger. Tak kisahlah apa pun janji semua gambar ini bukan aku plagiat dari mana-mana blogger. Semasa menghantar adik aku pergi belayar, ada seorang kelasi dari Sabah namanya Wazir, 36, ingin mengurut dengan aku, katanya badannya sudah sakit-sakit. Setelah membuat temujanji, pada sebelah malamnya Wazir datang bertandang ke rumah aku. Itu pun aku yang menjemput dia dari Syarikat Perkapalan Muhibah Engineering. Allah Maha Kaya, apabila kita buat baik pada orang yang memerlukan pertolongan, maka kita di balas dengan kebaikkan yang melimpah ruah. Subhanallah. Terima Kasih Wazir, Banyaknya upah yang telah saudara berikan kepada aku. Sedangkan aku tidak pernah meletakkan harga pada rawatan yang aku berikan kepada sesiapa pun (ikhlas hati). Aku terima sekeping sampul surat dari Wazir, sebelum dia melangkah keluar dari kereta dan mengucapkan selamat jalan pada aku. Semasa aku singgah untuk isi minyak kereta dekat pam minyak Shell, menggigil tangan aku membuka sampul surat yang diberikan Wazir tadi kepada aku note-note lima puluh ada 7 keping didalamnya. Mula-mula aku ingatkan rm50, sekali aku kira rm350. Rezeki-rezeki, patutlah tangan kanan aku gatal sangat. Rupa-rupanya Allah memberi rezeki melalui Wazir kepada aku. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah, Syukur pada Allah.





Bilik Kapten







Platform Minyak Dan Platform Rig Drilling



Kapal-kapal Yang Sedang Berlabuh.

Kabin Krew




Ketika Laut Sedang Bergelora


Marine Recruit Training




Krew Kapal Kawan-kawan Adik Aku


Bilik Enjin