Pernah kawan-kawan naik kapal tunda atau kapal kargo? Tak pernah? Ok, di sini aku ingin berkongsi pengalaman sekali seumur hidup di atas kapal tunda. Best, tidak dapat digambarkan. Aku pernah naik sekali, semasa kapal sedang berlabuh di Pelabuhan Selatan, Port Klang. Waktu itu aku menghantar adik untuk pergi belayar ke Sabah. Semua gambar di bawah adalah hak milik adik aku dari camera handphonenya. Dia bagi kebenaran untuk aku siarkan ke dalam blog, agar dapat berkongsi dengan kawan-kawan blogger. Tak kisahlah apa pun janji semua gambar ini bukan aku plagiat dari mana-mana blogger. Semasa menghantar adik aku pergi belayar, ada seorang kelasi dari Sabah namanya Wazir, 36, ingin mengurut dengan aku, katanya badannya sudah sakit-sakit. Setelah membuat temujanji, pada sebelah malamnya Wazir datang bertandang ke rumah aku. Itu pun aku yang menjemput dia dari Syarikat Perkapalan Muhibah Engineering. Allah Maha Kaya, apabila kita buat baik pada orang yang memerlukan pertolongan, maka kita di balas dengan kebaikkan yang melimpah ruah. Subhanallah. Terima Kasih Wazir, Banyaknya upah yang telah saudara berikan kepada aku. Sedangkan aku tidak pernah meletakkan harga pada rawatan yang aku berikan kepada sesiapa pun (ikhlas hati). Aku terima sekeping sampul surat dari Wazir, sebelum dia melangkah keluar dari kereta dan mengucapkan selamat jalan pada aku. Semasa aku singgah untuk isi minyak kereta dekat pam minyak Shell, menggigil tangan aku membuka sampul surat yang diberikan Wazir tadi kepada aku note-note lima puluh ada 7 keping didalamnya. Mula-mula aku ingatkan rm50, sekali aku kira rm350. Rezeki-rezeki, patutlah tangan kanan aku gatal sangat. Rupa-rupanya Allah memberi rezeki melalui Wazir kepada aku. Terima kasih banyak-banyak. Alhamdulillah, Syukur pada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan