Kita rakyat biasa terpaksa terima akibat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Buat aduan tetapi tidak sampai kemana. Macam mana boleh jadi macam ini? Aduan kita dilayan tetapi tidak diendahkan. Pernah sekali ada 2 orang pegawai dari Majlis Perbandaran datang mengambil gambar, sambil berbincang mesra dengan tokey restoran bertanya itu dan ini tentang pembakaran babi di belakang rumah bertaman yang tidak ada ciri-ciri keselamatan. Tindakkan sesulan selepas itu tidak ada sampai sudah.
Hairankan, boleh ke bakar babi di belakang tempat tinggal kawasan perumahan bertaman? Sedangkan ada penghuni yang beragama Islam di situ. Tiap-tiap hari 1 atau 2 ekor babi di bakar selama 4 tahun berturut-turut tidak pernah berhenti kecuali pada Perayaan Tahun Baru Cina sahaja.
Cara pembakaran tidak ada ciri-ciri keselamatan, tong dram yang buruk dan rosak, persekitaran bersampah-sarap serta jijik meloyakan, Sampah tidak di buang selepas memanggang babi, tong minyak di letak merata tempat, arang di sandar hampir dengan pintu belakang rumah jiran Islam, kertas surat khabar lama bertimbun di atas tong dram (tempat pembakar) Kalaulah berlaku kebakaran macam manalah nasib penghuni Islam di sebelah rumah tokey restoran babi itu agaknya? Siapa yang patut dipersalahkan? Tokey restoran atau tokey Majlis Perbandaran?
Saudara dan saudari yang membuat andaian, tepuk dada tanyalah selera. Masalah pencemaran bau daripada aroma daging babi yang busuk dan aroma longkang tersumbat yang penuh dengan lemak babi menyusuk ke lubang hidung, tuhan saja yang tahu betapa busuk dan serius masalah yang dihadapi jiran Islam sekitar perumahan bertaman itu. Masalah anjing dengan salakan yang bising menjengkelkan dan masalah bau tahi anjing yang tidak dibersihkan. Entahlah mahu mengadu kepada siapa lagi? Majlis Perbandaran? TV1, TV2 atau TV3? Aduan Rakyat? Entahlah........................ Kecewanya jadi rakyat Malaysia.
Maklumat ini daripada seorang hamba Allah yang mahu aku siarkan dalam blog aku tentang masalah yang beliau hadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan