Assalamualaikum, hari minggu kami berkelah ke Pantai Bagan Lalang. pejalanan mengambil masa 2 jam.
Kali terakhir kami ke sini dalam tahun 2018 sebelum era covid 19. Kebetulan datang bermalam di resort bersama kawan-kawan tempat kerja mama.
Hari minggu memang ramai pengunjung ke sini dan agak sesak dengan kenderaanm susah juga mahu cari tempat parking.
Kami hanya bermain pasir di pantai dan kebetulan air laut sedang surut serta sangat jauh dari tempat kami berkelah.
Mengisi masa lapang kami cari ketam dan siput sambil menangkap gambar sekeluarga untuk dijadikan kenang-kenangan.
Cuaca sangat baik dan panas terik serta berangin.
Banyak orang berniaga makanan dan mudah untuk mendapatkannya.
Beraneka jenis makanan yang dijual mengikut selera pembeli.
Kami beli goreng pisang dan keropok lekor makan di pantai sangat berselera sekali.
Langit cerah dan awan berpupuk nipis manakala hembusan angin sangat menyegarkan, dapat rasa bayu laut.
Lihat laut yang jauh ke Selat Melaka sangat mendamaikan jiwa raga.
Gumpalan awan menjadi teduhan kami semasa berkelah di sana.
Lihatlah makanan di atas meja itu. Macam-macam ada kami tidak berhenti mengunyah.
Chek hanya pacak tiang dan flysheet sahaja untuk kami sekeluarga berteduh.
Boleh bermalam kalau ingin berkhemah, tetapi tandas awan tutup pukul 7 malam dan akan di buka pada pukul 8 pgi keesokkan harinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan