Assalamualaikum, hari ini kami sekeluarga berkhemah di Radiant Site B Janda Baik Campsite.
Ada 18 pancuran air panas dan tandas yang bagus di bangunan bersebelahan tapak perkhemahan.
Kami dapat kawasan tapak khemah sangat besar dan luas kerana 2 malam 3 hari kami di sini hanya kami sahaja yang bermalam di sini. Tidak terasa takut sebab banyak lampu dibuka pada waktu malam dan kawasan menjadi terang benderang.
Ada 3 ekor anjing menjaga dan mengawasi kami setiap masa dari ancaman monyet/beruk liar.
Tapak perkhemahan ini terletak di dalam kebun seluas 3 ekar, berhampiran sungai Benus yang sejuk dan bersih.
Perkarangan ini juga mempunyai dewan terbuka, padang, padang berhalangan dan tapak unggun api yang boleh kami gunakan.
Cuaca hari ini sangat cantik dan menyejukkan hati. Hujan renyai-renyai dan beransur lebat pada waktu malam sahaja.
Kami di Radiant Site B Janda Baik ada private villa dan homestay besar yang boleh muat hingga 40pax. Sangat sesuai untuk family day atau friends gathering.
Tidak perlu modal yang besar sebab harga menginap disini sangat berpatutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan