Habis sahaja trip snorkeling kami semua pulang ke chalet dan menikmati makan tengahari. Memang kami semua sedang kelaparan sebab seronok sangat berenang selama 2 jam.
Hidangan simple tapi menyelerakan.
Tokma suka bergambar dan menikmati hari cutinya dengan gembira.
Alhamdulillah sedap sungguh makan tengahari ini.
Selepas makan sebelum check in chalet kami bersantai di buaian.
Banyak chalet tak susah nak cari homestay/resort di Pulau Kapas. Banyak resort yang masih kosong di sana.
Kalau walk-in pun memang boleh sangatlah. Ada tempat menginap jangan risau. Lainlah kalau hari cuti umum.
Tapi kalau mahumurah, elok booking sebelum bertolak ke Pulau Kapas untung-untung dapat harga lebih murah dan tempat lebih selesa.
Ini adalah Ombak Kapas Cafe.
2 hari 1 malam memang berbaloi,
Terdapat juga Cafe & kedai mini, Stesen Sistem Solar Hibrid dan Jeti Pulau Kapas.
Sambil berjalan, sambil bergambar.
Foreigners tengah main pasir pantai.
Air disini memang sangat jernih. Ada beberapa kumpulan pengunjung mandi manda dan berkayak.
Sepanjang pantai di Pulau Kapas, ada disediakan laluan pejalan kaki.
Letih berjalan sambil bergambar hampir setiap tempat sepanjang pantai kami bergambar.
Mengenai harga makanan dan minuman pula, mahallah 2 kali ganda.
Perkara utama kami adalah mandi-manda dan snorkeling.
Agak lama juga berendam dalam air sehingga badan jadi kejut dan sejuk.
Mahu pergi snorkeling di tengah pantai pun memang tidak boleh sebab banyak coral tajam dan ada landak laut yang tajam-tajam bahaya.
Sebelah petang ramai orang main bola tampar pantai, mandi-manda lagi, bergambar latar belakang sunset & main pasir.
Penat mandi laut kami naik ke chalet untuk bersiap mahu makan malam pula nanti.
Ada kekurangan elektrik selalu padam dan kami akan kepanasan.
Kalau elektrik tiada secara automatik air dalam bilik mandi juga tiada sebab guna water pum untuk sedut air.
Pengalaman hari ini menjadi sejarah yang paling indah buat kami sekeluarga.


























Tiada ulasan:
Catat Ulasan