Adsterra
Rabu, 25 Januari 2017
Ahad, 15 Januari 2017
Kuala Lumpur
Assalamualaikum, hari ini Sabtu 15 Januari 2017 kami sekeluarga ke Kuala Lumpur.
Pasaraya Sogo mengadakan jualan murah sempena akan menyambut Tahun Baru Cina.
Pada awal pagi apabila kami masuk membeli-belah disini tidak ramai pengunjung, tetapi pada sebelah petang para pengunjung semakin bertambah dan keadaan sedikit sesak sebab kena beratur panjang semasa di kaunter pembayaran.
Harga barangan berpatutan ada banyak promosi diskaun.
Saya dan Chek lepak tepi dan kerja mama yang mencari pakaian ke hulu dan ke hilir.
Selesai shopping kami ke Pasar Malam Jalan TAR yang glamer.
Hiasan untuk perayaan Tahun Baru Cina semakin meriah.
Keluar dari pasar malam kami terus ke Dataran Merdeka kerana di sana ada expo.
Ramai sangat pengunjung dan hujan renyai-renyai.
Macam pesta bila kami tiba di simpang 6 Dataran Merdeka jalan raya sesak dengan kenderaan.
Parking sangat susah untuk dapat dan banyak yang tengah mencari untuk parking kereta.
Kawasan air pancut suasana agak lengang ramai orang berkumpul di tengah padang.
Kami teruja untuk kesana dan ingin meyaksikan apa yang sedang berlaku di tengah padang.
Ooooo, patutlah ada persembahan fire show. Tapi kelakarnya orang yang membuat persembahan itu tidaklah berapa pandai sangat. Dia perantau dari luar negara cari makan dengan buat fire show sambil melancong. Kami bantai gelaklah sebab dia memang bukan pakar untuk buat persembahan fire show. Banyak kesilapan yang dilakukannya. Apa yang pelik DBKL tiada pantau pada masa itu. Aksinya sangat merbahaya pengunjung.
Hujan sekejap sahaja dan cuaca kembali baik dan aktivi lepak diteruskan.
Saya seronok berlari-lari kesana-kemari tanpa peduli apa-apa lagi.
Wajib ambik gambar untuk kenang-kenangan.
Full parking memang agak sesak jalan raya utama.
Truck food sangat banyak dan menjual beraneka jenis makanan segera, agak hairan makanan dijual sangat mahal dari restoran yang pernah kami masuki.
Burger daging/ayam tanpa sayur dan keras rasanya RM5. Kalau kata baik beli MCd nanti kata berkira pulak. Air segelas kecil RM5 kalau gelas sedang RM7. Rasanya hanya manis tanpa perisa minuman yang dibeli.
Sosej RM4 sebatang alahai kecilnya dan segelas keropok lekor yang dipotong-potong cube RM5 dan keras sangat-sangat bila digigit.
Sepinggan spegetti dengan udang 2 ekor saiz sss 1 lingkaran bawang dan sos kicap ke apa ntah RM15.
Boleh dikatakan peniaga sangat kedekut dengan bahan makanan mereka. Kalau kita kata mereka marah. Servis lambat sangat dan makanan yang dapat tidak sedap.
Beraneka jenis kereta yang diubah suai.
Bunyi muzik dari pembesar suara sangat best, mantap bunyi dan meletop-letop kuatnya.
Itulah aktivi sehari kami di Kuala Lumpur banyak suka dan dukanya. Tapi itulah pengalaman. Kepada kawan-kawan keluarlah merantau dan berjalan ke tempat orang, cari ilmu di sana sebab di tempat orang keajaiban tidak sama dengan tempat kita sendiri. Jangan kita lihat dunia dari dalam tempurung. Tapi kena ingat dan simpan kata-kata ini dengan baik bahawa kita perlu lihat dunia dengan mata burung barulah kita tahu betapa luasnya alam semesta ini. Setiap langkah itu ilmu pengetahuan.
Isnin, 2 Januari 2017
1 Januari 2017
Assalamualaikum. hari ini kami sekeluarga pergi daftar Muhammad Hamka ke Tadika Hira untuk kemasukkan tahun 2017.
Institusi Pendidikan Hira' (IPH atau IPHira') merupakan sebuah institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan yang seimbang dan bersepadu yang terletak di Selangor, Malaysia.
IPH menawarkan sistem pendidikan Islam yang merangkumi kurikulum akademik, deeniyyah (agama), kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti luar darjah bagi membentuk para pelajar dengan keperibadian muslim yang unggul.
Institusi Pendidikan Hira' telah ditubuhkan pada 1985 dengan hanya sebuah sekolah rendah.
Kini setelah lebih 30 tahun penubuhannya, terdapat 2 buah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah, sebuah maahad tahfiz dan 3 buah tadika telah berjaya ditubuhkan.
Tenaga pendidikan Hira' yang sedia ada telah berpengalaman dan dirasakan mampu menyebarkan Falsafah Pendidikan Hira' untuk dirasai oleh masyarakat.
Setiap tahun kemasukan murid tahun satu di Batu Belah terlebih daripada kemudahan kelas yang disediakan iaitu 80 hingga 100 murid.
Memberi peluang kepada pelajar-pelajar SRI yang tidak mahu tinggal di asrama tetapi ingin meneruskan pengajian mengikut kurikulum pendidikan Hira'.
Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRIH) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan berpindah ke Kg. Batu Belah Klang pada 1987 hingga sekarang. SRIH telah berdaftar dengan JAIS pada tahun 1993 (No:002/1dibawah Enakmen no .2 1988) dan dengan KPM pada tahun 1999 (No: Sel/ 1694/ 99) Baru (B1C 0039).
Pada tahun 2003, sekali lagi SRIH telah didaftarkan semula dengan JAIS dengan pendaftaran sementara di bawah Enakmen No.2 1988 Pindaan No.7 2001. SRIH menjalankan sistem pendidikan bersepadu dengan KBSR dan kurikulum diniyyah (MGBSIM/MUSLEH) serta Kurikulum Bersepadu Hira’.
SRIH mula mengambil UPSR pada tahun 1995 hingga sekarang .
Dalam bidang ko-kurikulum murid tahap 2 diwajibkan mengikuti pakaian seragam Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia ( MGBSIM ) dan boleh memilih untuk terlibat dalam persatuan dan kelab seperti Kelab Nasyid dan Kompang, Tae Kwan do dan Silat Gayong.
Langgan:
Catatan (Atom)