Selesai makan tengah hari merangkap minum petang, kami terus bekejar ke Long Beach. Long Beach ini terletak di Pulau Perhentian Kecil.
Menunggu Water Teksi (Bot) untuk ke Long Beach. Harga 1 kepala RM15.00 waktu siang sahaja dan harganya menjadi double apabila tiba waktu malam.
Perjalanan mengambil masa selama 20 minit dengan menaiki Water Teksi (Bot).
Tiba di Jeti Long Beach memang banyak bot sedang berlabuh dan kawasan ini memang sesak dengan pengunjung.
Water Teksi (Bot) berlabuh jauh dari darat dan kami terpaksa mengharungi air untuk ke darat.
Muhammad Hamka dengan kelincahannya tidak kenal erti penat.
Ewah Mama sedang sising seluar jeansnya yang mahal itu mengharungi lautan yang terbentang luas.
Bila dah kesini, baru tahu... selain pantainya yang memang memanjang, mat dan minah salleh memang suka menginap di area sini terutama yang backpackers. Mesti ada sebab kenapa mereka suka kawasan ni. Mungkin dari situlah lekatnya nama 'Long Beach'.
Kami tidak lepaskan peluang untuk mendaki ke Kincir Angin. Laluan mendaki ke sana amat mencabar sedikit. Keluar peluh jantan hahaha.
Nikmati suasana indah di Long Beach.
Selfie 1 2 gambar.
Cuaca memang baik dan program berjalan dengan lancar.
Jauh berjalan luas permandangan, berbaloi kami mendaki.
Ini lah track sebenar. Jangan mimpi nak dapat track yang rata siap bertambak tar. Hahahaha.
Time ni bukan Chek saja yang tidak larat.
Muka Mama pun dah pucat lesi. Masa ini mula terasa giveup dan macam mahu patah balik.
Tapi disebabkan kami fikir ini kali pertama kami datang dan bukan senang mahu dapat pengalaman ini kami gagahkan jugak kaki ini untuk terus mendaki.
Fuuuuu lega sampai pun ke Kincir Angin.
Kami tersenyum girang kerana berjaya menakluki tempat paling tinggi di Pulau Perhentian.
Inilah permandangan dari puncak Kincir Angin Pulau Perhentian. Memang lawa dan cantik laut China Selatan.
Berhenti rehat memulihkan semula tenaga yang hilang tadi.
Bergambar kenangan dengan kesyukuran.
Kami sudah sampai dan menjadi hari bersejarah buat kami sekeluarga.
Tidak larat mahu turun tangga.
Acah-acah turun separuh sahaja.
Puas hati giler bila sudah sampai atas ini. Rasa penat, haus semua tolak tepi sebab dapat tengok view cantik ciptaan Allah S.W.T. ini.
Mama paling sweet dan lawa.
Masa untuk turun semula ke Long Beach.
Kami lalu tempat orang berkhemah.
Ramai juga orang berkhemah di sini.
Sebelum bergerak pulang kami lawat tempat-tempat yang menarik unuk bergambar.
Macam-macam pakej aktiviti disediakan di sini, pilih sahaja yang berkenan.
Bila lagi kami dapat jejakkan kaki di sini? Untuk datang kesini memerlukan modal yang besar.
Aktiviti hari pertama ini memang sungguh luar biasa seronoknya, walaupun panas terik dan terkena hujan panas kami harungi dengan penuh bersemangat.
Beli makanan ringan dan lepak seketika sebelum kami cari Water Teksi (Bot) untuk pulang ke tempat kami menginap.
Tapi serius, bila sudah sampai ke puncak kawasan kincir angin, segala penat lelah kami mendaki tadi terbayar. Terus lenyap and hilang.
Chek sayang Mama dan Muhammad Hamka sepenuh jiwa dan raga.
Mama dan Muhammad Hamka adalah segala-galanya pada diri Chek.
I LOE YOU ALL SO MUCH MUAH


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan