Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sejarah hidup kami.
Bila bot berlalu pergi dari Jeti Kuala Besut hati kami berkobar-kobar mahu mejunu ke pulau.
Pakai life jaket untuk keselamatan.
Mendapat taklimat ringkas daripada driver bot yang berhemah dan berbudi perketi.
Luasnya laut China Selatan.
Driver bot memandu dengan penuh konsentrasi.
Muhammad Hamka seronok sakan.
Bunyi enjin terlalu bising dan kena bercakap kuat-kuat.
Lihatlah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Cantiknya.
Tiba ke destinasi 2 jam kemudian.
Ambik angin sebelum masuk daftar ke chalet.
Ada orang tidak sabar mahu main pasir.
Lihatlah pantai swasta tempat kami menginap malam ini.
Chelet depan laut.
Luas dan selesa.
Bilik mandi juga selesa bersih dan kemas.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan