Adsterra

Selasa, 31 Mei 2016

Iftar Hotel Shah Alam

Assalamualaikum, hari ini kami sekeluarga berbuka puasa di hotel. 
Tinggal lebih kurang satu minggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadan. 

Selain dapat fokus sepenuhnya pada ibadah, apa yang membuatkan ramai orang teruja termasuklah orang bukan Islam adalah buffet Ramadan. 

Waktu bulan Ramadan inilah satu-satunya masa yang kita boleh rasai pelbagai jenis makanan. Tidak kiralah sama ada makanan Melayu, Timur Tengah, Barat dan bermacam-macam lagi di satu tempat.

Bagi mereka yang mencari hidangan buffet tempatan dan antarabangsa di satu tempat yang sama, kamu boleh dapatkannya di Hotel dekat Shah Alam.

Sebelum makan, mata anda sudah 'dilayan' terlebih dahulu dengan persembahan makanan yang sangat menarik dan memberi pandangan kepada sesiapa yang melihatnya. Persembahan makanan dan seni makanan sangat hebat!

Mata juling terpukau dengan pulau makanan di tengah-tengah kafe. Menambah satu lagi siri 'persembahan makanan' yang hebat untuk diserbu hahaha.

Kambing golek adalah pilihan utama tetamu dan menjadi menu pertama dalam senarai menu yang ada disediakan.

Kambing bakar dengan sos lada hitam sangat sedap membuka selera.

Peminat bufet yang tegar selalunya mencari makanan laut di atas ais dahulu. Anda tidak perlu risau kerana makanan laut di atas ais menjadi tumpuan utama di pulau makanan dengan pelbagai pilihan udang, ketam, kupang dan lain-lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan