Pesta makanan dari negara jiran Thailand. Beraneka jenis makanan dan minuman di jual di sini. Bertempat di Padang Astaka Kemaman.
Festival Halal Thai Kemaman 2015 yang berlangsung sejak semimggu lalu menerima sambutan menggalakkan apabila mencatat hasil jualan lebih kurang RM140,000 dengan purata kunjungan melebihi 1,000 orang setiap hari.
Menurutnya, festival itu adalah usaha sama MPK dengan Unik Warisan Desa Kemaman bagi memperkenalkan keunikan masakan Thailand sekali gus membantu usahawan.
Terdapat 70 gerai makanan yang mana 30 daripadanya memperagakan makanan asli Thailand, manakala selebihnya pula hidangan tempatan. Aktiviti jualan bermula pada jam 10 pagi hingga 11 malam dengan waktu kemuncaknya sekitar tengah hari, petang dan malam.
Sepanjang seminggu festival ini berlangsung, pengunjung dianggarkan melebihi 10,000 orang. Boleh dikatakan setiap gerai mencapai hasil jualan mencecah RM2,000 sehari dengan purata setiap hidangan berharga RM5.
Sekiranya hasil jualan sebanyak RM140,000 sehari, bermakna purata jumlah keseluruhan bakal mencecah RM1.2 juta sepanjang 12 hari festival berlangsung, Festival itu adalah kesinambungan program dianjurkan di Kuala Terengganu sebelum ini dan boleh dikatakan mendapat reaksi positif penggemar masakan dari negara jiran itu. Sepanjang 12 hari berlangsung, sambutan dijangka meningkat sekali gus mencatat hasil jualan lebih memberangsangkan. Pelbagai makanan tradisi Thailand dipamerkan, secara tidak langsung membantu usahawan mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas. Selain makanan, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk persembahan kebudayaan dan banyak lagi,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan