Adsterra

Khamis, 12 November 2015

Tanah Runtuh Di Km52.4 Lentang-Bukit Tinggi

KUANTAN, 11 Nov (Bernama) -- Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam tadi.



Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.



Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.



Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan kejadian itu tidak melibatkan kehilangan nyawa.

"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya.

Kemaman-Telok Kalong-Kijal-Klang

 Pagi yang indah suasana cerah dan tidak hujan langsung. Jalan-jalan ke pasaraya Mesra Mall makan malam. Petang tadi singgah mandi laut dekat Pantai Tampin. Sesudah mandi laut kami pergi ke rumah Umi Jaja hantar barang rak pancing. Singgah solat Maghrib di rumah Kak Cik dapat makan kuih Asyura.
 Umi Faten belanja besar kami semua. Terima kasih daun keladi lain kali belanja lagi. Banyak urusan daripada kami menyusahkan Umi Faten, mudah-mudahan suatu hari nanti Muhammad Hamka dapat balas budi baik keluarga Umi Faten.
 Sebelum bertolak pulang ke Klang kami pergi berubat Muhammad Hamka di rumah Pok Tun 0142104911 bertempat di kampung Telok kalung.
 Selesai berubat kami menuju ke Kijal untuk beli lemang, satay, keropok lekor dan serunding untuk di bawa pulang ke Klang sebagai buah tangan untuk Tokma.
 Semasa bertolak pulang ke Klang dari Lebuh Raya Pantai Timur 2 susur keluar dari Seri Bandi perjalanan lancar diiringi hujan setempat-setempat. memang suasana langit sentiasa mendung dengan awan yang terkandung air yang banyak.
Alhamdulillah perjalanan lancar dan apabila rasa penat dan mengantuk kami berhenti berehat di kawasan rehat yang disediakan. Tidur sedetik dua bagi hilang rasa mengantuk dan penat. Tepat jam 6:00 petang singgah kawasan rehat Plaza Tol Karak.

Isnin, 9 November 2015

Festival Halal Thai Kemaman 2015

 Pesta makanan dari negara jiran Thailand. Beraneka jenis makanan dan minuman di jual di sini. Bertempat di Padang Astaka Kemaman.
Festival Halal Thai Kemaman 2015 yang berlangsung sejak semimggu lalu menerima sambutan menggalakkan apabila mencatat hasil jualan lebih kurang RM140,000 dengan purata kunjungan melebihi 1,000 orang setiap hari.
 Menurutnya, festival itu adalah usaha sama MPK dengan Unik Warisan Desa Kemaman bagi memperkenalkan keunikan masakan Thailand sekali gus membantu usahawan.
 Terdapat 70 gerai makanan yang mana 30 daripadanya memperagakan makanan asli Thailand, manakala selebihnya pula hidangan tempatan. Aktiviti jualan bermula pada jam 10 pagi hingga 11 malam dengan waktu kemuncaknya sekitar tengah hari, petang dan malam.
Sepanjang seminggu festival ini berlangsung, pengunjung dianggarkan melebihi 10,000 orang. Boleh dikatakan setiap gerai mencapai hasil jualan mencecah RM2,000 sehari dengan purata setiap hidangan berharga RM5.
Sekiranya hasil jualan sebanyak RM140,000 sehari, bermakna purata jumlah keseluruhan bakal mencecah RM1.2 juta sepanjang 12 hari festival berlangsung, Festival itu adalah kesinambungan program dianjurkan di Kuala Terengganu sebelum ini dan boleh dikatakan mendapat reaksi positif penggemar masakan dari negara jiran itu. Sepanjang 12 hari berlangsung, sambutan dijangka meningkat sekali gus mencatat hasil jualan lebih memberangsangkan. Pelbagai makanan tradisi Thailand dipamerkan, secara tidak langsung membantu usahawan mempromosikan produk mereka dengan lebih meluas. Selain makanan, pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk persembahan kebudayaan dan banyak lagi,

Ahad, 8 November 2015

Rollerblade Kuala Kemaman

 Vape dulu dong sambil kena teh o nipis.
 Alhamdulillah bertamu di rumah Muhammad Adam Aryan. Selamat sampai pada pukul 2:30 petang tadi.
 Best dekat sini ada tempat boleh main rollerblade. Semua orang kampung pakat-pakat turun beriadah.
 Lagi lewat malam keadaan semakin meriah dengan kedatangan orang ramai.
 Marwa Husna Dan Muhammad Adam Aryan tolong Muhammad Hamka belajar cara-cara menggunakan rollerblade.
 Berpeluh sakam mereka semua. Penat bermain bersantai lepak sambil tengok sungai Kuala Kemaman.
 Bukan kepalang kegembiraan terpancar diwajah Hazrat-Faten, Khairul-Yati dan Chek-Mama. Kami bangga dengan kemampuan anak-anak kami bermain dan bergaul.
Main rollerblade dekat Kuala Kemaman setengah jam RM 5.00. Manakala kalau main rollerblade dekat Putrajaya sampai puas RM 10.00 dan dekat Setia City Mall RM 20.00 sampai puas.