Adsterra

Isnin, 29 Disember 2014

Majlis Kahwin

 Majlis kahwin adik mama yang ke 4 bertempat di Kota Damansara, Petaling Jaya.
 Flat Kota Damansara.
 Semua keluarga dari perak hadir memeriahkan majlis perkahwinan ini.
 Semua sporting bergambar dan sungguh meriah sekali.
 Semoga pengantin selamat bahagia selamanya.
Keluarga mama yang besar.

Ahad, 21 Disember 2014

The Battle of the Five Armies

 Hari yang paling ditunggu-tunggu sudah tiba akhirnya. Perjalanan filem hampir 15 tahun lamanya. Penat kami layan filem ini.
 Selfie dulu sebelum jelajah ke rumah Tokma.
 Makan stim boat ala-ala Restoran Johnny.
 Tidur yang lena sungguh.
 Main sebelum masuk ke pawagam.
 Wayang 3D layan sambil Muhammad Hamka sakit perut untuk ke tandas. Tekanan perasaan sebab kena keluar panggung.
 Muhammad Hamka pun ada spek 3D.
 Oklah filem ini. Boleh lah boleh lah.
Masa main buble sampai senja.

Isnin, 8 Disember 2014

Khemah

 Harapan mahu melihat permandangan laut di waktu malam ketika bulan mengambang. Tiba-tiba keinginan itu datang.
 Tertunai impian tanpa ada rancangan yang rapi hanya redah menuju ke Port Dikson. Hentam sajalah kata P. Ramlee.
 Perjalanan yang panjang sebab Muhammad Hamka demam. Mahu alih demam dengan angin laut, biar ia bawa demam itu pergi jauh.
 Panas bermalam dalam khemah dan tiada kelengkapan apa yang patut seperti kipas tangan atau bantal yang selesa. Tidur atas toto/narita sakit badan sebab terasa keras tanah tempat kami berlabuh.
 1 hari 1 malam bersantai di sini tanpa rasa kekok bermalam seala-kadar di dalam khemah yang serba kekurangan.
 1 tapak perkhemahan RM25.00 dan parking kereta RM3.00. Segala kemudahan yang disediakan perlulah di sewa dengan tuan tanah.
 Main pasir sambil mandi laut dengan penuh keseronokan yang berpanjangan. Kami sekeluarga yang bahagia selamanya.
Balik modal dengan penat lelah dan berganti dengan ketawa riang yang abadi.

Isnin, 1 Disember 2014

Thomas & Friends

 Gordan mainan yang menjadi kegemaran Muhammad Hamka.
 Percy bikin panas.
 James lagi igauan kalau tidak ada di tempat tidur.
 Emily yang menjadi sebutan sepanjang masa.
 Diesel yang selalu dipinggirkan.
Toby pula yang terasing.
 Langsung tak sentuh dibiarkan kepualauan.
 Jangan tak ada nanti naik gila.
 Kegemaran tahap kritikal.
 Ada dan wajib di tangan.
 Bolehlah, bolehlah, daripada tak ada.
 Kena ada kalau takde kena marah semua orang dalam rumah.
Paling sayang dalam banyak-banyak koleksi.
 Semestinya ada di depan mata walaupun tidak dalam senanrai untuk dimainkan.
Beli dekat Ekea RM 69.90. oklah dari trek yang sebelum ini.

Bukit Melawati

 Rasa rindu tempat bercinta. Kami bertamu di sini seharian.
 Hirup angin laut sambil lihat permandangan yang luas terbentang.
 Rehatkan minda dari sibuknya urusan seharian.
 Jumpa monyet dan bergurau senda sambil menangis ketakutan.
 Hari ini puas dan hati sungguh senang sekali.
Jemput makan dan perut sudah lapar.