Harapan mahu melihat permandangan laut di waktu malam ketika bulan mengambang. Tiba-tiba keinginan itu datang.
Tertunai impian tanpa ada rancangan yang rapi hanya redah menuju ke Port Dikson. Hentam sajalah kata P. Ramlee.
Perjalanan yang panjang sebab Muhammad Hamka demam. Mahu alih demam dengan angin laut, biar ia bawa demam itu pergi jauh.
Panas bermalam dalam khemah dan tiada kelengkapan apa yang patut seperti kipas tangan atau bantal yang selesa. Tidur atas toto/narita sakit badan sebab terasa keras tanah tempat kami berlabuh.
1 hari 1 malam bersantai di sini tanpa rasa kekok bermalam seala-kadar di dalam khemah yang serba kekurangan.
1 tapak perkhemahan RM25.00 dan parking kereta RM3.00. Segala kemudahan yang disediakan perlulah di sewa dengan tuan tanah.
Main pasir sambil mandi laut dengan penuh keseronokan yang berpanjangan. Kami sekeluarga yang bahagia selamanya.
Balik modal dengan penat lelah dan berganti dengan ketawa riang yang abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan