Adsterra

Isnin, 3 Februari 2014

Taman Tasik Taiping

 Jalan-jalan sempena kebosanan di hari cuti umum. Bawa Jebat dan Jiha pergi taman permainan dekat Taman Tasik Taiping.
 Seronok bermain dan beriadah dengan keluarga, ramai pengunjung di sini.
Mama sedang pantau pergerakan Muhammad Hamka yang riang bermain.
 Bagus juga ada orang tolong jaga Muhammad Hamka bermain.
Mainlah puas-puas sampai penat nanti kita semua pergi makan pizza.
Berebut-rebut semua kanak-kanak mahu bermain di sini, ibu bapa pula dapat bersantai menikmati permandangan yang cantik.
 Ketawa kami lihat keletah Jebat, Jiha dan Muhammad Hamka bermain.
 Mama sempat berpose sana-sini dengan tabletnya.
 Masuk terowong keluar terowong turun gelongsor tanpa ada rasa takut pada diri Muhammad Hamka.
Ada aksi bergaduh dengan kanak-kanak yang lain bermain di sini, Muhammad Hamka selalu kena tolak.
Semua sudah penat dan kehausan dan kita semua perlulah berangkat pulang. Ada orang menangis.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan