Adsterra

Rabu, 13 November 2013

Rumput Karpet

 Keluar sarapan pagi ke Kampung Sungai Pinang makan roti telor dan minum teh tarik. Isi perut dahulu sebab balik rumah nanti ada kerja berat menunggu.
 Balik rumah Chek ada aktiviti dengan halaman rumah yang dahulunya penuh dengan rumput rampai. Bercangkul semahu hati tebas rumput jahat.
 Seharian Chek mencangkul buang rumput, lalang dan pokok semalu yang penuh dengan duri yang tajam.
 Ada biawak bersarang bawah tanah tempat laluan air kumbahan, Chek kambus dengan simen.
 Sebelah tengahari Chek keluar pergi ke nurseri Bandar Klang beli rumput karpet jenis Filipina sekeping berharga RM 3.70. Chek beli 10 keping RM 37.00, mahal sebenarnya di Bandar Klang ini. Kalau mahu murah beli di Sungai Buloh.
 Kebetulan jiran ada pasir terbiar di tepi rumah, Chek minta beli pasir tersebut untuk ratakan tanah supaya mudah menanam rumput karpet tersebut.
 Inilah cara atur yang terbaik dapat Chek fikirkan. Rumput karpet chek beli sikit sangat kena tambah lagi.
 Pembantu peribadi Chek yang bertungkus lumus tolong kacau Chek buat kerja.
 Ada sahaja aktiviti yang mahu dilakukan oleh Muhammad Hamka. Chek bagi dia tonton movie Power Ranger episode 1 sampai ke episode 5 lepas itu sambung tengok movie Upin dan Ipin Geng.
Selang 1 minggu kemudian Chek pergi ke Sungai Buloh beli 12 keping rumput karpet dengan harga sekeping RM 1.70. Chek beli 12 keping dapat harga istimewa semua sekali RM 20.00.
Jumlah keseluruhan projek.
Pasir RM 50.00.
Simen RM 25.00.
Cangkul RM 23.00.
Tanah Kompos Organik RM 5.00
Rumput Karpet RM 50.00.
Baja Tahi Kambing RM 5.00.
Lain-lain Barang RM 42.00.
Total : RM 200.00.

Isnin, 4 November 2013

Rose Garden

 Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur kami sekeluarga singgah Rose Garden.
 Hujan lebatlah jugak, suasana jadi sejuk dan dingin.
 Terlelap sekejap atas bangku sementara tunggu hujan berhenti.
 Main tarian buluh guna buluh panjang. Siapa lagi orang yang paling happy? Tentulah Muhammad Hamka.
 Bunga semua mekar dan cantik belaka, memang tanah di sini subur di tambah dengan cuaca sejuk.

 Seronok bila ke tandas sebab airnya sejuk sangat-sangat. Hahaha.
 Lokasi wajib datang kepada para pelancong.
 Untuk di lihat bukan untuk di petik.
 Badan jadi penat sebab kena tempias hujan, kepala jadi sakit.
 Ronda sampai puas sambil tangkap gambar.
 Memang terbaik taman bunga ini, kalaulah boleh menetap di sini tentu best.
Buaian yang mengasikan.

Kea Farm

 Dari Tanah Rata kami menuju ke Kompleks Jualan Pasu Tanah Tinggi Kea Farm.
 Semua barang dagangan berwarna merah dan pink. Tema strwberry.
 Hujan mulai turun secara perlahan-lahan dan semakin lama semakin lebat.
 Hanya mama dan tokma sahaja masuk ke pasar tani, Muhammad Hamka dan Chek berteduh di dalam bangunan.
 Buah-buahan segar dan rasa-rasa bukan semua dari ladang Cameron Highland ada yang datang dari luar daerah.
 Jalan sesak teruk dan kereta sungguh banyak sekali.
 Tempat parking kereta kami sungguh curam dan merbahaya sekali.
Layan Muhammad Hamka main kereta bercoin sampai jemu tahap gaban.

Cameron Valley

 Masa untuk check out dari hotel, Chek dan Mama punggah barang ke kereta dahulu.
 Singgah Tanah Rata sarapan pagi dahulu, sebelum itu masuk pasar pagi.
 Tunggu order yang paling lambat dalam dunia.
 Order lain tapi sampai lain. Hentam sajalah perut dah lapar.
 Kenangan Honey Moon dahulu di sini.
 Sungguh seronok mengamit kenangan lalu di sini.
 Banyak juga perkara berubah di sini tetapi masih ada sisa-sisa kenangan lalu.
 Ambil angin pagi lepak ladang teh.
 Suasana sungguh nyaman sekali di sini.
 Ladang teh yang menghijau saujana mata memandang.
 Memang sejuk dan dingin di sini.
 Permandangan yang paling mendamaikan.
 Muhammad Hamka orang yang paling happy.
 Malas mahu turun ke bawah sebab jauh sangat nanti kena naik mendaki mesti penat kaki.
 Wajah yang paling bermakna dalam hidup chek.
 Kami sayang mama.
Untuk tontonan family kami sahaja.

Ahad, 3 November 2013

Brincang

 Alhamdulillah setelah mendaki bukit bukau akhirnya kami selamat tiba di Brincang.
 Kami menginap di Hotel Guan Gin dekat dengan pasar malam.
 Daftar masuk RM 210.00 untuk 1 malam 2 katil besar dan 1 katil kecil.
 Aura sejuk sudah nyata terasa ngilunya, tetapi tidaklah sampai mengigil-gigil tubuh badan.
 Beteri kereta buat hallah pulak, hai nasib badan.
 Berehat sekejap di bilik hotel dan jam berikutnya kami menjelajah pasar malam yang paling glamer di Cameron Highland.
 Sungguh ramai pengunjung dan keadaan memang sesak sesesaknya jalan raya jadi jem teruk.
 Ini hidangan kami sekeluarga, makan sampai puas hati.
 Mama kesejukkan dan berada di bawah paras beku.
 Muhammad Hamka rilek sahaja dan dia sememangnya tidak sejuk langsung, cuma telinga dan tapak tangannya sahaja yang sejuk bedi.
 Tidak puas keluar kali pertama ke pasar malam kami keluar lagi kali ke 2 ke sana.
 Ambil angin malam yang seram sejuk di pupuk bayu berkabut.
 Letih dan penat tetapi seronok tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kalau ada rezeki dan masa lain kali kami mahu datang lagi ke sini.