Alhamdulillah setelah mendaki bukit bukau akhirnya kami selamat tiba di Brincang.
Kami menginap di Hotel Guan Gin dekat dengan pasar malam.
Daftar masuk RM 210.00 untuk 1 malam 2 katil besar dan 1 katil kecil.
Aura sejuk sudah nyata terasa ngilunya, tetapi tidaklah sampai mengigil-gigil tubuh badan.
Beteri kereta buat hallah pulak, hai nasib badan.
Berehat sekejap di bilik hotel dan jam berikutnya kami menjelajah pasar malam yang paling glamer di Cameron Highland.
Sungguh ramai pengunjung dan keadaan memang sesak sesesaknya jalan raya jadi jem teruk.
Ini hidangan kami sekeluarga, makan sampai puas hati.
Mama kesejukkan dan berada di bawah paras beku.
Muhammad Hamka rilek sahaja dan dia sememangnya tidak sejuk langsung, cuma telinga dan tapak tangannya sahaja yang sejuk bedi.
Tidak puas keluar kali pertama ke pasar malam kami keluar lagi kali ke 2 ke sana.
Ambil angin malam yang seram sejuk di pupuk bayu berkabut.
Letih dan penat tetapi seronok tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kalau ada rezeki dan masa lain kali kami mahu datang lagi ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan