Kilang belakang perumahan kami terbakar pukul 7.45 malam.
Chek keluar pergi beli nasi dan balik tengok bomba banyak masuk kampung kami.
Tiada kemalangan jiwa, api sangat marak.
Time tidur mama dan Muhammad Hamka tertunda gara-gara mahu pergi tengok ke tempat kejadian.
Macam pesta api pulak ramai orang kampung datang menyaksikan kebakaran kilang,
Jumpa kawan Chek dan berborak sakan, topik utama pasal kebakaranlah.
Bahang panas terasa tempat kami berdiri dan ada bunyi letupan yang dahsyat.
Api menjulang setinggi bangunan 7 tingkat, terlalu marak dan asap tebal.
Selamatkanlah keluarga kami dari kebakaran Ya Allah.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan