Beli dekat The Store Klang. Jalan-jalan dengan Chek semasa pergi bayar bil.
Baru buka 1/2 jam semua sudah patah-patah dikerjakan oleh Muhammad Hamka.
Jumpa masa pergi shopping dekat Jaya Jusco Bukit Raja.
Makan KFC dapat mainan Man Of Steel ini dengan percuma. Makanan tetap kena bayar lebih.
Beli dekat kedai RM2 tapi dapat guna sekejap sahaja lepas tu rosak sebab barang cikai.
Makan Mc Donald dapat hadiah ini. Tapi kurang menarik sebab hanya keluar lampu apabila diketuk berkali-kali. Bosan.
Pergi GM supermarket Muhammad Hamka teruja mahu menyamar jadi Spiderman. Sekarang identitinya perlu dirahsiakan bagi menjalankan operasi Spidermannya.
Mainan Muhammad Adam Aryan tertinggal dalam kereta Chek, jadilah barang mainan baru untuk Muhammad Hamka.
Mama sudah baca Chek belum baca lagi.
Mama tengah study hard tentang buku ini untuk anak mamalah.
Chek dan mama sama-sama belajar dan belajar sampai bila-bila.
Hadiah daripa Tokma untuk Muhammad Hamka. Tapi Chek yang kena jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan