Adsterra

Rabu, 12 Jun 2013

Pulau Langkawi

 Ini dia kereta sewa kami semasa berada di Pulau Langkawi.
 Chalet Tanjung Malie terletak di kawasan Pantai Cenang.
 Musim tengkujuh di Pulau Langkawi sekarang.
 Angin bertiup kencang dan ombak bergelora.
Permandangan laut sungguh memukau mata memandang.
 Selesai daftar masuk ke chalet kami keluar menuju ke Makam Mahsuri.
 Suasana di sini hujan panas gerimis, tidak ramai pengunjung sebab sekolah sudah bermula.
 Tenang dan damai melihat keindahan suasana sawah padi yang memukau pandangan.
 Memang gah nama Pulau Langkawi di mata dunia, hasil buminya sungguh takjub rasa hati.
 Bergambar kenangan sebanyak yang boleh.
 Al-Fatihah kepada arwah Mahsuri, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Marhumah Mahsuri binti Pandak Maya.
1 kenangan sejuta memori yang tidak akan dapat membeli semula perkara yang lalu.
 Singgah ke Padang Matsirat lihat tinggalan sejarah kesan beras terbakar pada tahun 1821.
Tidak boleh kutip beras terbakar tempatnya sudah dipagar rapi.
Sejarah itu sungguh indah bagi yang meminatinya.
 Menuju ke Pantai Pasir Tengkorak.
Tiada langsung pelancong di sini sebab hujan sudah datang.
 Kebetulan air laut sedang surut.
Pergi ke Andaman kereta tersangkut atas bukit, hujan lebat dan kereta tidak boleh naik bukit sungguh bahaya sekali. Kecut perut kami semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan