Malam minggu yang di tunggu-tunggu mahu lihat pameran kereta berhias, aneka jenis kereta Malaysia dan luar negara sedang tayang aksesori kereta mereka yang terbaik.
Lepak sambil bermain buble dan tengok orang ramai bergembira menikmati suasana malam yang sungguh meriah sekali.
Masing-masing keluar membawa keluarga bersiar, nikmati malam minggu yang sememangnya malam untuk para muda-mudi melepaskan tension penat bekerja selama 1 minggu tanpa ada langsung masa untuk berehat.
Kapal layar yang tersadai dan diharamkan berlayar oleh Kerajaan Malaysia, orang ramai tidak boleh naik atau menjengah keatas kapal layar tersebut kerana (MPK) Majlis Perbandaran Klang melarang berbuat demikian. Chek dengan selamba naik keatas kapal layar tersebut untuk menikmati suasana kapal itu.
Semua berkumpul dan menunggu kehadiran kereta-kereta berhias yang belum kunjung tiba, memang sesak dengan pengunjung. Sempat layan kareoke 5, 6 lagu tapi suara penyanyi semuanya sumbang belaka. Hahaha.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan