Adsterra

Ahad, 28 Oktober 2012

Kolam Plastik

Sekarang Muhammad Hamka minat mandi kolam dengan ditemani Nur Umairah Syamina. Ya Allah langsung tidak boleh duduk diam di rumah Tokma, apabila tengok kolam plastik dia dan sepupunya akan jadi teruja dan menjerit-jerit mahu berendam dalam kolam. Susahkan Chek dan Mama mahu berehat sambil tengok Astro movie best-best, sebab kena teman mereka mandi. Mandilah puas-puas asalkan korang happy go lucky. Muah...

Jumaat, 26 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha 1433

 Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin. Semoga tahun ini kita berkoban apa sahaja. Chek sudah bersedia dengan parang untuk pergi melapah 2 ekor lembu. Malam tadi Chek asah parang hampir 2jam tanpa henti, bukan main semangat mahu pergi korban lembu sempena hari lebaran yang mulia ini.
 Jiran tetangga dari taman rumah Tokma, meriah sungguh mereka semua bergotong-royong berganding bahu melakukan ibadah korban. semoga Allah memberi rahmat dan nikmat kepada kami semua. Amin.
 Seronok dapat banyak daging korban, 4 kilo kira oklah. Sakit belakang kena bidas dengan ekor lembu. Padam muka Chek.
Potong jangan tak potong kasi selesai tugas masing-masing kejap lagi mahu solat Jumaat pula. Masa sangat terhad.

Selasa, 23 Oktober 2012

Ulang Tahun Chek

 Alhamdulillah sudah 2 minggu hujan turun berturut-turut setiap hari pada sebelah petang dan malam. Hari ini walaupun hujan lebat Mama pulang dari tempat kerja terus menuju ke Jaya Jusco mengambil kek ais krem yang sudah ditempah khas 3 hari lalu.
 Selamat Ulang Tahun ke 36, Chek terkejut sakan bila Mama tiba di rumah membawa kek ais krem. Senyum lebar Chek dan Muhammad Hamka.
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa dicucuri rahmat dan nikmat oleh Allah. Amin.

Isnin, 8 Oktober 2012

Bukit Melawati

 Bersiap sedia mahu keluar dari Pantai Indah Seaview Resort, bila lagi dapat bercuti di sini.
 Selamat sampai di kaki Bukit Melawati sebelum tengahari. Kena beratur panjang maklumlah cuti sekolah ramai pulak pengunjung.
 Naik keretapi kepala backhole.
Seronok dapat berjalan bersama sanak saudara.

 Terima kasih kepada Abang Eddy kerana belanja tiket keretapi, pelancong dari China dan Arab ramai melawat ke sini.
 Sesak dengan pengunjung dan suasana sangat panas terik sebab tengahari berada disini.
 Tokma sibuk melayan monyet-monyet sambil memberi makan kacang dan biskut.
 Masuk muzium belajar apa yang patut disana.
Penat sebab banyak berjalan panjat bukit dan mendaki.

Ahad, 7 Oktober 2012

Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Lepas makan malam kami di bawa Cikgu din ke Kampung Kuantan tengok kelip-kelip.
Sewa 1 bot seramai 4 orang rm 50.00 dan dapat air mineral 1.5 liter 4 botol.
 Ramai pelancong dari China dan Arab. Sesiapa yang ingin melihat kelip-kelip mestilah pakai safety life jaket, sebab sungai sangat dalam dan suasana malam sungguh gelap-gelita.
 Jaga tingkah laku semasa berada di dalam bot, mulut jangan celupar, jangan cakap sebarangan dan kalau boleh senyap.
Keajaiban alam yang tiada tolok bandingan, memang takjub kami semua. Hebat ciptaan Maha Suci Allah.
Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang ke Pantai Indah Seaview Resort.

Dinner Kuala Selangor

Makan malam dengan keluarga Abang Hanif, Cikgu Din dan Abang Eddy di Kuala Selangor.
 Pertama kali dalam sejarah makan malam bersama-sama sanak saudara Tokma.
 Muhammad Hamka orang paling riang gembira sebab ada ramai kawan yang layan dia bermain.
Bermain sampai lupa mahu makan, sanggup bermain daripada makan malam.

Pantai Indah Seaview Resort

 Hari Sabtu 6.10.2012 pergi bercuti di Pantai Indah Seaview Resort. Keluarga Abang Hanif sewa aparment tingkat 8 yang ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air, boleh lihat permandangan laut Selat Melaka. Beliau telah menjemput keluarga kami dan keluarga Abang Eddy untuk bersama-sama menikmati hari minggu dengan bersantai bersama.
 Mandi kolam sampai kecut jari-jemari, betul-betul mandi sampai lupa masa berlalu. Angin bertiup kuat membuatkan kami semua kesejukkan. Seronok bukan kepalang dapat berkumpul bersama sanak saudara.
 Sebelah petang pergi ambil angin dan shopping di Pantai Remis beli baju dan seluar pendek sebab mahu mandi kolam lagi malam nanti. Mama dan Kakak Aishah buat roti sardin memang best, sampai licin kami semua makan maklumlah lepas mandi perut jadi lapar sangat.
 Terima kasih kepada Abang Hanif dan Kakak Aishah kerana mempelawa kami turut sama bercuti dengan keluarga beliau. Baru kami tahu ada apartment boleh disewa di sana. Lain kali mahu datang lagi bawa keluarga Chek dari Terengganu pula bercuti di sana. IsyaAllah.
 Muhammad Hamka tidur lena semasa kami berada di Pantai Remis, penat mandi kolam terasa apabila terkena hembusan angin laut. Ramai juga pengunjung di sini datang berkelah dan membeli belah sambil berlibur dengan keluarga, seronok tengok kanak-kanak main layang-layang.
 Ini dia camera girl Fatihah dan Nabila, mereka rajin boleh harap bermain dengan Muhammad Hamka. Gambar Zulaikha tiada sebab dia tengah shopping tudung dengan emaknya.
Masa untuk pulang sebab sebelah malam ada aktiviti lain yang sedang menanti kami semua. Sebelum itu balik mandi dululah ke Apartment Pantai Indah Seaview Resort.

Isnin, 1 Oktober 2012

Pertunjukkan

Bermalam di Hotel Coastal Park, Melaka, check in pukul 11.00 malam dan check out pukul 11.00 pagi. Susahnya cari hotel pada hujung minggu, semuanya penuh dan kalau ada pun mahal 3 kali ganda daripada hotel biasa.
 Hari baik dengan cuaca elok kami menjelalah ke Dataran Pahlawan, ada pertunjukkan fashion dari butik Timberland, Hush Pupies, DKNY, MNG Mango, Quicksilver, Esprit dan lain-lain, banyak sangat sampai lupa nama mahu tulis disini.
Kebetulan ada sambutan Hari Helloween, boleh tengok orang bukan islam pakai pakaian hantu macam pakaian beragam. Ronda 1 pusingan sambil berjalan kaki ke tempat-tempat bersejarah di Bandar hilir. 5.00 petang bertolak pulang lalu jalan kampung, masuk highway singgah mandi-manda di perhentian Seremban. Jalan sesak teruk, sabar sajalah mahu buat apa lagi.