Hari Sabtu 6.10.2012 pergi bercuti di Pantai Indah Seaview Resort. Keluarga Abang Hanif sewa aparment tingkat 8 yang ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air, boleh lihat permandangan laut Selat Melaka. Beliau telah menjemput keluarga kami dan keluarga Abang Eddy untuk bersama-sama menikmati hari minggu dengan bersantai bersama.
Mandi kolam sampai kecut jari-jemari, betul-betul mandi sampai lupa masa berlalu. Angin bertiup kuat membuatkan kami semua kesejukkan. Seronok bukan kepalang dapat berkumpul bersama sanak saudara.
Sebelah petang pergi ambil angin dan shopping di Pantai Remis beli baju dan seluar pendek sebab mahu mandi kolam lagi malam nanti. Mama dan Kakak Aishah buat roti sardin memang best, sampai licin kami semua makan maklumlah lepas mandi perut jadi lapar sangat.
Terima kasih kepada Abang Hanif dan Kakak Aishah kerana mempelawa kami turut sama bercuti dengan keluarga beliau. Baru kami tahu ada apartment boleh disewa di sana. Lain kali mahu datang lagi bawa keluarga Chek dari Terengganu pula bercuti di sana. IsyaAllah.
Muhammad Hamka tidur lena semasa kami berada di Pantai Remis, penat mandi kolam terasa apabila terkena hembusan angin laut. Ramai juga pengunjung di sini datang berkelah dan membeli belah sambil berlibur dengan keluarga, seronok tengok kanak-kanak main layang-layang.
Ini dia camera girl Fatihah dan Nabila, mereka rajin boleh harap bermain dengan Muhammad Hamka. Gambar Zulaikha tiada sebab dia tengah shopping tudung dengan emaknya.
Masa untuk pulang sebab sebelah malam ada aktiviti lain yang sedang menanti kami semua. Sebelum itu balik mandi dululah ke Apartment Pantai Indah Seaview Resort.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan