Alang-alang pergi ke Kampung Pengkalan Balak, kami sekeluarga terus menuju ke Bandar Hilir Melaka bersiar disana. Jalan-jalan dalam Jonker Walk sambil cuci mata, shopping apa yang patut sahaja.
Penat berjalan, berdukung, berjalan lagi berdukung bertukar tangan, penat lagi turun melalak, memekik dan menangis. Rupanya lapar susu, kesian.
Memang mencabar berjalan dalam Bandar Hilir tanpa membawa stroller Muhammad Hamka, lenguhnya tangan kami tuhan saja yang tahu. Muhammad Hamka tidak boleh dilepaskan berjalan sendiri, dia aktif terlampau sangat.
Menikmati suasana malam yang penuh warna-warni dengan lampu neon berkelip-kelip membuatkan Muhammad Hamka teruja sakan. Indahnya bandar bersejarah ini, memang tidak puas datang bertandang disini.
Tiba-tiba Muhammad Hamka minta air daripada kami, kesian haus rupanya anak kami ini. Maafkan kami kerana leka berborak. Hahahahaha......
Adsterra
Ahad, 30 September 2012
Pantai Pengkalan Balak
Tenang hati dan jiwa apabila dapat melihat laut yang luas terbentang. Maha Suci Allah cantiknya permandangan disini, damai dipupuk angin bayu laut.
Cuba tangkap gambar Muhammad Hamka sebanyak mungkin utuk dapat posisi yang paling menarik, tetapi Muhammad Hamka langsung tidak pandang kemera sebab leka bermain pasir pantai.
Orang tua disini ada beritahu, dahulu ada buaya air masin di kawasan ini. Sekarang sudah tiada lagi, entahlah betul atau tidak ceritanya.
Semoga kedamaian milik kami selamanya, mudah-mudahan Allah memberi kenikmatan itu. Amin.
Cuba tangkap gambar Muhammad Hamka sebanyak mungkin utuk dapat posisi yang paling menarik, tetapi Muhammad Hamka langsung tidak pandang kemera sebab leka bermain pasir pantai.
Orang tua disini ada beritahu, dahulu ada buaya air masin di kawasan ini. Sekarang sudah tiada lagi, entahlah betul atau tidak ceritanya.
Semoga kedamaian milik kami selamanya, mudah-mudahan Allah memberi kenikmatan itu. Amin.
Mawar Berduri Bersalin
Bertolak ke Pengkalan Balak Melaka ambik masa 3 jam sebab banyak sangat berhenti.
Menuju ke rumah ibu mertua Mawar Berduri, mahu melihat baby girl baru selamat lahir.
Alhamdulillah semuanya selamat dan sejahtera, suami Mawar Berduri Aswadi juga ada. Esok katanya mahu ke Sabah memulakan tugas menjaga perairan negara.Sihat walafiat dan semangat sungguh baby girl ini, comel dan cantik orangnya. Baru berumur 16 hari.
Semoga cepat sembuh daripada berpantang, kalau ada masa nanti kita jumpa lagi.
Selasa, 18 September 2012
Rumah Abang Mat Kintan
Abang Mat buat kenduri doa selamat, jemput makan kami sekeluarga.
Nur Umairah Syamina ada juga bersama mamanya.
Mammy Liza, Tokma dan Kakak Ila sedang menjamu selera bersungguh-sungguh.
Muhammad Hamka aktif bukan main lagi tidak boleh duduk diam, penat melayan kerenahnya.
Masa datang tadi hujan lebat sungguh, hampir-hampir rumah Abang Mat dinaiki air banjir kilat.
Isnin, 17 September 2012
Perutusan Raja Sehari
Jemputan Majlis perkahwinan Fara Hanisah dan Muhamad Fazli.
Haji Samsusudin Bin Haji Mahmood (Sulong)
dan
Hajah Sajiah Binti Haji Sahabudin (Aishah)
Telah menjemput kami sekeluarga ke majlis perkawinan anak perempuannya.
Majlis berlangsung di Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor.
Aturcara majlis jamuan makan 11.00 pagi sehingga 4.00 petang. Manakala bersanding pukul 2.00 petang.
Kasih berpadu menjunjung adat,
Ikatan suci pasti ternobat,
Kunjungan kami membawa rahmat,
Semoga majlis bertambah berkat.
Majlis berlangsung pada hari Ahad, 16 September 2012.
Isnin, 10 September 2012
PWTC MATTA FAIR
Hari ini Muhammad Hamka riang bermain dengan barang mainannya sambil bergelak ketawa sendirian.
Menuju ke PWTC untuk ke Matta Fair, bermain dulu hilangkan tension Muhammad Hamka yang sudah lama duduk dalam carseat.
Sejurus berada di Matta Fair kami sekeluarga menuju ke Mid Valley pergi tengok wayang cerita Batman the dark knight rises. Ceritanya memang best gila.
Ambik gambar apa yang patut sementara menunggu untuk masuk menonton wayang.
Tidak seperti biasa, hari ini Mid Valley tidak ramai orang mudah untuk dapat tempat parking kereta.
Tidak puas menonton cerita Batman ini.
Layan penat sambil tengok orang lalu lalang.
Seronok berjalan sampai lupa masa berlalu, masa pulang Chek mengantuk pandu kereta. Mama dan Muhammad Hamka enak tidur dalam kedamaian.
Isnin, 3 September 2012
Balik
Ami Khai datang dari Terengganu dan Chek tumpang beliau balik ke Klang.
Oma bagi hadiah pada Muhammad Hamka.
Untuk melatih minda agar Muhammad Hamka cerdik dan bijak.
Bargaya sebelum keluar dengan Chek untuk beli makanan tengahari.
Chek pulang ke Terengganu menghadirkan diri ke Pejabat Tanah.
Oma bagi hadiah pada Muhammad Hamka.
Untuk melatih minda agar Muhammad Hamka cerdik dan bijak.
Bargaya sebelum keluar dengan Chek untuk beli makanan tengahari.
Chek pulang ke Terengganu menghadirkan diri ke Pejabat Tanah.
Langgan:
Catatan (Atom)