Alang-alang pergi ke Kampung Pengkalan Balak, kami sekeluarga terus menuju ke Bandar Hilir Melaka bersiar disana. Jalan-jalan dalam Jonker Walk sambil cuci mata, shopping apa yang patut sahaja.
Penat berjalan, berdukung, berjalan lagi berdukung bertukar tangan, penat lagi turun melalak, memekik dan menangis. Rupanya lapar susu, kesian.
Memang mencabar berjalan dalam Bandar Hilir tanpa membawa stroller Muhammad Hamka, lenguhnya tangan kami tuhan saja yang tahu. Muhammad Hamka tidak boleh dilepaskan berjalan sendiri, dia aktif terlampau sangat.
Menikmati suasana malam yang penuh warna-warni dengan lampu neon berkelip-kelip membuatkan Muhammad Hamka teruja sakan. Indahnya bandar bersejarah ini, memang tidak puas datang bertandang disini.
Tiba-tiba Muhammad Hamka minta air daripada kami, kesian haus rupanya anak kami ini. Maafkan kami kerana leka berborak. Hahahahaha......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan