Adsterra

Khamis, 23 Ogos 2012

Penang

Syukur Alhamdulillah seawal jam 7.30 pagi, hari Rabu kami sekeluarga bertolak ke Penang dan Kedah berhari raya di rumah kawan-kawan Chek.
 Singgah sarapan pagi dekat Kampung Kubang Semang, Penanti, Bukit Mertajam. Makan nasi berlauk dan behon sup utara.
 Hampir 12 tahun Chek tidak menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang, pada tahun 1993 sehingga 1995 Chek menetap di sana mengikuti keluarga berpindah kerana bekerja dengan syarikat PLUS. Waktu itu Chek baru berumur 17 tahun dan bakal menghadapi peperiksaan SPM.
 Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, itulah nama sekolah tempat Chek belajar dan bertemu rakan-rakan baru.
 Seribu satu kenangan suka dan duka apabila Chek sampai di sini, perasaannya tidak dapat digambarkan. Cepat masa berlalu, semua sudah banyak berubah dalam arus pembangunan.
 Rumah nombor 29 Jalan Guar Perahu 1 telah disewa oleh keluarga Chek sewaktu menetap di Taman Guar Perahu.
 Taman permainan tempat Chek bermain gitar, beriadah dan lepak dengan kawan-kawan kampung.
 Sungai Kampung Mengkuang Titi tempat Chek mandi-manda bila ada masa terluang selalunya pada hari minggu.
 Paklah ayah angkat Chek, sekarang berumur 69 tahun dan menetap di Baling, Kedah dengan anak-anaknya.
 Perjalanan ke Baling lancar dan tiada kesesakkan lalu-lintas. Berjumpa Paklah dan ahli keluarganya.
 Kampung Mengkuang Titi tetap dihati, banyak penduduk kampung sudah berpindah kerana KTM beli tanah mereka untuk membuat landasan keretapi lebih besar dan lebar serta berelektrik.
 Yusri atau Mat Kopi kawan sepermainan Chek, sudah ada anak 2 isteri beliau orang Kampung Lahar Yooi dan menetap di sana.
 Saberi atau Cheng Beruang kawan sepermainan Chek, baru berumah tangga dengan seorang peguam dan menetap di Kulim, Kedah.
 Bergambar kenangan di tepi landasan keretapi kerana sikit hari lagi kawasan ini akan ditutup dengan pagar batu.
 Gembira rasa hati dapat beraya ke Penang dan jumpa kawan-kawan Chek. Masa sungguh mencemburui kami.
 Setelah puas beraya kami sekeluarga naik feri menuju ke Penang, cuaca kurang baik kerana hujan lebat. Dapat makan rojak pasembor Padang Kota dalam kereta sahaja tidak dapat keluar untuk menikmati suasana Pulau Pinang.
 Semua aktiviti berjalan lancar dan teratur tanpa ada apa-apa halangan, 2 minggu Chek rancang perjalanan agar perjalanan memuaskan tanpa ada kesulitan.
Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan yang berada di Penang, maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan